Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Gunung Arong Escapism 2016

ini bukan saya..tp gang hiking kami..  gambar sendiri takde yg posing belakang... cantik kan viewnya... nampak laut sebab memang turun ikut jalan satu lagi jumpa pantai... Sebelum puasa 2016 aku dan gang2 hiking berpakat nak ke Gunung Arong, Mersing… lama dah menyebut nak ke sini tapi tak terpergi.. akhirnya dengan usaha sorang student kami yang menyettlekan segala urusan berkaitan dengan pihak di sana maka dapatlah kami ke sana…  kami kesana seramai 16 orang dengan 5 kereta.. dan dah berpakat utk berkhemah sahaja sambil ber bbq di malam harinya.. tempat pilihan utk bercamping adalah di Teluk Gorek Camp Site..tidak jauh dari Gunung Arong tersebut dan bersama kami adalah salah seorang pelajar yang pernah mendaki Gunung Arong… dialah guide kami pada hari kejadian… orangnya kami kenal pun semasa mendaki Gunung Bukit Kutu bbrp bulan yang lalu… so kiranya selesai lah semua urusan…checklist pun complete..semua yg patut ada pun dah ada.. maka bertolak lah kami di pagi Jumaat de

Krabi Trip 4D 3N :: Day 4 - Last Day (Elephant Camp, Krabi Outlet Village, Hatyai Floating Market)

van sudah menanti..  Pagi terakhir di Krabi… setelah semua selesai check out kami pun bertolak mencari makan pagi… kali ni kami makan di restoran yg kami makan malam tadinya… rupanya pagi pun dia berniaga… aku amik yg simple je nasi ayam… lepas semua dah siap makan baru lah kami bertolak ke Kem Gajah Krabi… sekitar Kem Gajah... Masa sampai tu dah ramai juga pelancong2 lain di situ… aku memang nak naik gajah le kan.. tp ada juga kawan2 yg tak nak naik… so sape yg nak naik tu pegi lah beli tiket… sape yg tak nak naik dia org boleh je posing2 dgn gajah yg ada kat area tu… lepas beli tiket kami menunggu giliran di satu area menunggu… sambil2 tu tengok orang-orang yg naik sebelum kami… ada yg rileks..ada yg menjerit2..macam gelagat… tak lama kemudian giliran aku pun sampai.. seekor gajah ni boleh naik 2 dewasa… aku naik berdua le kan... kami di bawah pusing kawasan tu.. ada aksi masuk sungai le pulak… yg kelakarnya gajah depan aku ni pi qada’ hajat…. Tak pasal2

Krabi Trip 4D 3N :: Day 3 (Island Hopping - Tup Island, Chicken Island, Poda Island, Phranang Cave)

Pagi hari ketiga ni kami dah bersedia seawal jam 7.30 pagi.. sampai je van, kami terus di bawa ke kedai makan… yang bestnya Bang Ya dan Bang Deen ni tiap2 hari bawak kami makan di kedai2 berbeza… dapat lah merasa lain2 tempat… kali ni aku makan nasi terus sebab nak main air kan… nanti lapar pulak nak menunggu tengahari… macam2 lauk ada…. Pilih je mana yang berkenan… semuanya sedap2... Siap je makan kami terus di bawa ke area menunggu bot… sambil2 tu sempat jugak le aku beli topi… maklumlah panas nanti…ada yang pitam kang… dia org cakap nanti hala balik ada org yg akan amik kami… kami pun ok saje… lepas dah siap2 semuanya kami di bawa ke area tepi pantai untuk menaiki long tail boat… boat ni bukan speed boat, so sederhana laju sahaja..tapi pada aku ok je… yg penting dapat bawa kami ke pulau2 tu… kawasan menaiki bot2 ke pulau.. Pulau pertama kami adalah Tup Island… suspen sangat sebab masa kami dekat2 nak sampai tu drebar bot tanya duit bayaran bot… kami ca

Krabi Trip 4D 3N :: Day 2 (Fossil Shell Beach, Seven Haven, Emerald Pool, Floating Restaurant, Krabi Night Market)

Seawal jam 8 pagi kami dah bersedia… Bang Ya dan Bang Deen sampai je kami terus ke van dan di bawa untuk sarapan… alhamdulillah sedap2 makanannya… tak de banyak beza pun dengan makanan kita… pagi ni ada selera pantai timur dan roti canai… kuih muih pun ada… aku makan nasi dagang…insya allah kenyang hingga ke tengahari…  sedap kan... lepas makan kami meneruskan perjalanan.. Bang Ya kata kami akan ke Fossil Shell Beach… katanya ada tinggalan fossil sejak beratus-ratus tahun yg lalu… mula2 macam tak nak masuk…tapi last2 kami masuk je.. bayaran pun tak mahal sangat…so layan je… tiket.. harga dah lupa.. tapi tak mahal... sedikit penerangan tentang tempat ni... Cuaca menyebelahi kami… gambar pun cantik… tepi pantai tu pun cantik.. last2 bukan nya kami menikmati fossil tu sangat…tapi sibuk bergambar je lebihnya… Bang Ya plak rajin melayan kami..jadi tukang amik gambar kami… lepas dah puas bergambar kami ke luar dari situ… tapi sebelum tu sempat singgah dul