September 29, 2013

Universal Studio Singapore Part 1

 
Sebenarnya lama dah kami rancang nak ke USS ni… tarikh pun dah berubah 2-3 kali… tapi akhirnya, dapat gak tarikh yg sesuai… bukan apa, kami pergi ni ramai2 dengan students… book satu bas dengan agen, tu yg kena plan betul2… 

Kira-kira two month before, kami dah book tarikh dengan agen… deposit pun dah di bayar… then aku bayar payment seterusnya before due date payment tu…  sape2 yg takde passport tu, aku dah set hari utk buat passport… pagi2 kul 7.30 kami dah terpacak depan pintu pejabat imigresen…  kalau lambat nanti panjang pulak beraturnya, lambat pulak no giliran nya… walau ada bbrp problem berkaitan back ground gambar, tapi akhirnya settle juga proses pembuatan group passport ni… tapi tak boleh amik lepas sejam macam buat passport biasa… kami kena amik next weeknya… 
lagi bbrp hari nak ke USS… duit pun dah tukar ke Singapore dollar… t-shirt yg di tempah pun dah siap… nak seragam…sonang skit nak detect yg mana satu student aku ni ha… dari jauh nampak sekelompok tshirt warna sama…
pagi2 jam 6.30 aku dah minta depa berkumpul…Alhamdulillah on the dot masing2 sampai around 6.30am… bas pun dah ada… lebih kurang jam 7 pagi semua naik bas… travel agen (Aien) pun dah sampai… dah bg briefing…apa lagi… off we go… 
kami singgah sat kat RR makan pagi… past tu terus ke imigresen… yg Msia takde masalah… tapi kat border Singapore lama lah skit… sejam jugak kami beratur kat sana… ramainya manusia yg travel dengan bas… penat menunggu masing2… tapi takpe… excited tetap excited… lepas settle semua kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai le ke destinasi yg di tuju USS…. Inilah globe yg wajib jadi lokasi penggambaran….

 
rombongan cik ira berposing ramai2 sebelum masuk USS... gambar kredit to Zainul Naim (pencintalensa.blogspot.com), student aku merangkap juga photographer rasmi hari tu...kena bergambar pagi2 terik ni.. baru gambar cantik... masing2 punyalah ceria kan... lagipun bila keluar dari USS ni dah penat.... lepas tu waktu pun dah petang atau pun malam... buktinya?? lihat gambar di bawah....
 
 
 
 
haaaa... kan betul... memang kami kuar dari Sentosa Island ni malam... gambar ni amik sebelum balik ke bas... lebih kurang jam 8 malam baru kami kembali ke bas... dan bersiap2 utk bertolak balik semula.... untuk Part 2..coming soon... nanti aku citer pengalaman kami sepanjang pengembaraan dalam USS....