September 18, 2016

Gunung Angsi Escapism 2016

Kali ni kita ke Gunung Angsi yg terletak di Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702 kaki.. perjalanan kali ni pun day trip juga.. lebih kurang 11 orang semuanya... perjalanan bermula seawal jam 4.30 pagi dan sampai di RNR Pagoh untuk sarapan dan solat subuh lebih kurang jam 5.30 pagi.. lepas dah settle semua kami teruskan perjalanan ke Hutan Lipur Ulu Bendul dan sampai di sana lebih kurang jam 8.30 pagi..

laluan nak ke Gunung Angsi ni ada dua, satu daripada Hutan Lipur Ulu Bendul dan satu lagi laluan Bukit Putus... dari Ulu Bendul nak ke puncak range masa adalah 3 hingga 4 jam.. tapi ada otai2 tahap dewa boleh sampai dalam masa 2 jam setengah... laluan dari Bukit Putus pula range masa adalah 2 jam.. tapi otai2 boleh sampai sejam lebih katanya... kami mengambil keputusan untuk naik melalui Ulu Bendul... kononnya nak cabaran.. hahahaha... memang tercabar sangat... oohhh satu lagi, kena bayar permit sebanyak RM 5 seorang di Pejabat Ulu Bendul.. 

lepas dah dengar penerangan daripada pegawai di pejabat tu kami pun memulakan perjalanan.. . untuk pengetahuan semua aku menamatkan pendakian ni dalam tempoh 3 jam di mana sejam pertama adalah jalan mendatar dan light2 sahaja... tapi 2 jam setersunya adalah sangat mencabar bagi aku yg bukan otai ni sebab semuanya mencanak2 sehinggalah ke puncak.... bertabah sahajalah dan hiking lah ikut rentak sendiri... kalau ikut rentak org kita yg penat...


mula2 start nanti korang akan nampak jambatan ijo macam kat atas tu... di galakkan untuk tidak melintas jambatan itu... just susur jalan ke kiri sebelum jambatan tu... sebab kalau korang lintas jambatan tu dan kemudian ke kiri, korang kena lintas sungai plak... tapi cetek je lah sungainya.. kan dah dua kali kerja namanya tu... 


lepas susur kiri sebelum jambatan tu korang jalan je straight... sampai nampak paip air ni.. paip air ni mesti berada di sebelah kanan kita sehinggalah sampai ke pondok pertama mcm gambar kat bawah... sebelah kiri pondok tu ada jalan ke atas... nanti korang teruskan perjalanan dengan melalui jalan tu... tengok gambar bawah yg ada pondok dan jalan tu... memang akan nampak ada laluan ke atas di sebelah kiri pondok... so korang ikut je lah jalan ni.. masa ni belum mencanak lagi.. masih light2 dan mendatar lg jalannya....






daripada pondok pertama tu kami meneruskan perjalanan hinggalah ke Kem Tangga Batu...ada pondok juga kat sini... sempatlah rehat seminit dua... dari sini bermulalah perjalanan yang memerlukan kekuatan mental...huhuhuhuhu...kenapa? sebab semuanya mencanak2 hingga lah ke puncak... dan masa ni jugak aku simpan phone dan dah tak amik gambar dah... tak larat beb... malas nak pegang phone... nak bawak badan sendiri pun rasa berat..hahahaha... so memang takde gambar2 sepanjang part mencanak2 tu... cuma nak bgtau dalam 1 jam 30 min mendaki korang akan menemui satu area yg di beri nama Bukit Botak... memang botak le bukit ni takde rumput... kena daki dengan memanjat tali... dari Bukit Botak ni nak ke atas mengambil masa lebih kurang 30 minit... dan yang pasti tetap mencanak walaupun hanya 30 minit.....









tak lama kemudian sampailah kami ke puncak Angsi...yeayyyyy.... setelah berjuang selama 3 jam tu.... macam biasa...kat atas tu posing le kan... dah penat nak sampai atas, kenalah bergambar puas2.. belum tentu nak naik lagi sekali kan... sambil2 tu makan2 jugak... aku makan biskut je.. tak berani nak makan pelik2...lepas dah lepak2 rehat dan puas amik gambar kami pun bertolak balik... 

kali ni kami turun via Bukit Putus... perjalanan turun agak mencabar sebabnya ada kawasan2 yg agak curam... maknanya pendakian naik juga mencanak2 le tu kan... lebih kurang sejam lebih kami akhirnya sampai ke kaki gunung... dari kaki laluan Bukit Putus tu, satu kereta ahli kami dah ada, makanya tinggal nak amik kereta2 lain je di laluan Ulu Bendul... kalau nak jalan kaki masak juga di buatnya.. rasanya dalam 3-4km jugak kalau nak menapak... huhuhu... akhirnya, lepas dah settle semua dan kereta dah sampai maka bertolaklah balik kami ke Johor... insya Allah ada rezeki akan datang kita mendaki lagi ya...

August 28, 2016

Gunung Datok Escapism 2016

Kisah semalam... mendaki Gunung Datok... puas hati dapat hiking setelah bbrp bulan menternak lemak...




Dari BP kami ber 10 org dengan 2 kereta... se awal jam 5.15 pagi dah bertolak... singgah di RNR Pagoh untuk solat Subuh dan light breakfast... lebih kurang jam 6.45 pagi bertolak ke Hutan Lipur Gunung Datok dan kami sampai sekitar 8.00 pagi.. sesampainya di sana dah ramai org rupanya...main parking pun dah padat...tapi alhamdulillah dapat juga kami menyelit parking di celah2 kereta yg banyak tu...di sana jumpa lagi 2 org gang yg join xtvt kali ni... cukup 12 org kami pun warming up dan memulakan pendakian...

di awal pendakian

kami mula berjalan sekita jam 8.30 pagi.. mula2 kita akan lalui area anak sungai dan kemudian merentasi pondok guard... kat sini kita perlu bayar permit RM 5 seorang... masa kami pergi ni pondok tu tak buka lagi...so kami teruskan dulu.. hala balik baru kami bayar... 

pendakian di mulakan dengan trek yg sederhana sahaja... kemudian semakin lama semakin mencabar... aku macam biasalah memang tergolong dalam golongon org2 yang mendaki secara slow and steady... dengan erti kata lain..aku memang macam siput sedut...sob...sob...sob... org lain laju je... tapi yg penting sampai ke puncak... 

selepas beberapa ketika mendaki..nampak signage ni... 
1460 m lagi nak sampai puncak... 

lagi 1100 m...

rehat sebentar... ni macam tengah2 le kot... 
satu2nya pit stop yg ada proper bench dan agak luas kawasannya....

sebenarnya ada a few signage yg menunjukkan jarak ke puncak tu... tp aku letak skit je lah kan... pada aku ..ulang suara pada aku ya yg sedang2 aje ni... Gunung Datok ni boleh tahan juga mencanak trek nya dan ada trek yg agak berbatu2...kena hati2lah ya semasa mendaki...  setelah aku rasa dalam sejam mendaki kami sampai ke pit stop... kawasan ni ada bench dan agak lapang... boleh le take five sekejap... aku rest sekejap dan memulakan pendakian semula... masa ni aku minum air dalam 2 teguk untuk hilangkan dahaga... dan padanlah dengan muka aku... sape suh minum... makan memang confirm tak berani... ni minum pun sama jugak... lepas aku start semula mendaki simptom aku mula dah start... kepala rasa berpusing dan angin naik ke kepala...minyak cap kapak memang dah ready di setiap pendakian...peneman setia.. kalau takde memang haru... dan untuk melegakan simptom angin tu maka, akhirnya takde cara lain... muntah le juga penyelesaian terbaik... dan yg keluar cumalah air masak sahaja... haru kan... minum air pun tak blh... sob..sob..sob... ok dah cukup le citer pasal tu...

kita sambung semula.. kami meneruskan perjalanan lagi..trek ada kalanya mendatar adakala sedikit mencanak tetapi perjalanan tetap diteruskan... maaf le tak mampu nak amik gambar banyak masa ni sebab keadaan diri pun tak stabil...hehehehe... akhirnya kami sampai di satu kawasan batu besar... mengikut pembacaan aku di blog hiker lain, batu besar ni menunjukkan kita dah dekat2 dengan puncak... apa yg aku tak tau rupanya laluan selepas batu besar adalah sangat mencanak... maka bertabah je lah kan... perrghhhh masa ni aku pandang bawah je... tak kuasa nak pandang atas banyak2 kali... terpsiko plak kan... 

menuju puncak gemilang cahaya...


finally lagi 140 m...

akhirnya jumpa signage menunjukkan lagi 140 m nak sampai atas...macam tak jauh kan.. tapi canakan tetap ada...hahaha.. cuma bersemangat lebih skit sebab dari jauh dah dengar suara2 org2 yg kat atas tu.. makin bersemangat menapak kaki ke atas... akhirnya sampai juga aku ke atas lebih kurang jam 10.15 pagi... perjalanan aku dari bawah ke atas adalah selama 1 jam 45 minit... tapi ni belum betul2 puncak sebab nak kena naik batu dulu baru le betul sampai puncak...oleh sebab ramai sangat menunggu giliran untuk turun naik ke batu tu maka aku pun lepak je dulu kat kawasan lapang ni sambil minum dan mengalas perut...

tangga kedua...jom naik batu2 ni...baru le separa puncak...

satu kali lagi naik tangga..ni tangga ketiga... baru betul2 sampai puncak...

mula2 separuh dulu naik ke atas...kami duk tunggu bawah je sebab ada bag bagai kan... lepas 15 min tunggu dia org ni tak turun2...rupa2nya bila dia org call, dia org masih tak dapat naik lagi sebab congested... so dia org suh kami naik juga..biar sama2 dapat amik gambar dan jimat masa... jadi berangkut le kami berempat yg kat bawah tadi bawak bag2 tu semua...huhuhuhu... ada 3 kali tangga sebenarnya..maksudnya ada 3 tingkat batu yg perlu di gagahi untuk membolehkan sampai ke puncak sebenar... tangga pertama agak rendah dan takde masalah nak di redahi... tangga kedua dan ketiga agak tinggi tp ku redah je... sib baik tak de problem gayat yg kronik... dan yg pasti walaupun tgh2 tangga bila org panggil nak bergambar sempat sengih tgk kat cameraman... 

happy kan...sebab dah sampai atas... 



pandangan dari puncak.. .

bila dah lepas tangga ketiga tu barulah korang betul2 atas puncak le gitu... dan panorama pun cantik... nak bergambar pun best... kami stay dalam 1 jam jugak le dari start naik tangga sampai le ke atas termasuklah dengan bergambar, berposing dan berselfie mahupun berwefie... dah puas hati barulah turun... dan sebenarnya turun lagi gayat daripada naik..hahaha...tapi macam biasa redah je lah kan... tak kan dah naik tak nak turun plak... sampailah ke bawah... tempat lapang tadi... kami minum2 dan ada yg makan roti... lepas tu kami tersukan perjalanan ke bawah... perjalanan kami ke bawah ambil masa 1 jam...termasuklah berhenti bergambar...sebab naik tadi tak berapa larat nak bergambar kan...so kenalah bergambar masa turun... 

hampir 3/4 perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan pendaki..ingatkan kenapa dia org ramai2 berkumpul..rupanya ada yg mengalami kecederaan kaki dan perlu di usung dengan stretcher... masa kami terserempak ni JPAM dah ada dan mereka dah slow2 mengusung pendaki tersebut... tapi ya lah penat juga kan kalau org yg sama mengangkat pendaki yg tercedera tu.. maka ada sekumpulan group lain dan group kami sama2 berganding bahu mengusung mereka hinggalah hampir sampai ke kawasan pondok guard tadi... rasanya dalam 100 macam tu.. tp disebabkan kudrat masing2 pun dah takde maka antara org yg mengusung pendaki cedera tu pergi meminta bantuan mereka2 yg ada di sekitar pondok guard tu dan alhamdulillah ada 3-4 org budak2 muda yg membantu sehinggalah berjaya di bawa ke atas dan ke ambulan yg sedang menanti... semangat kerjasama yg bagus... terharu plak melihatnta... syabas JPAM..syabas semua yg membantu termasuklah rakan2 kami... 

selesai kisah pendaki tercedera kami pun ke area main parking dan berehat sebentar...minum air dan bertolak balik semula ke BP... dalam perjalanan singgah makan dulu sebab lapar...kat atas tadi masing2 makan buah dan roti sahaja... lepas makan di area berdekatan kami meneruskan perjalanan semula... alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 ptg kami sampai ke BP... sempat lagi singgah kedai mamak dulu pekena teh tarik sebelum masing2 balik rumah..dan yg bestnya sembang kedai mamak antara soalan yg keluar adalah " Lepas ni kita nak hiking ke mana??" hahaha... sekian..kita jumpa di edisi akan datang pulak...


June 25, 2016

Gunung Arong Escapism 2016

ini bukan saya..tp gang hiking kami.. 
gambar sendiri takde yg posing belakang... cantik kan viewnya...
nampak laut sebab memang turun ikut jalan satu lagi jumpa pantai...


Sebelum puasa 2016 aku dan gang2 hiking berpakat nak ke Gunung Arong, Mersing… lama dah menyebut nak ke sini tapi tak terpergi.. akhirnya dengan usaha sorang student kami yang menyettlekan segala urusan berkaitan dengan pihak di sana maka dapatlah kami ke sana…  kami kesana seramai 16 orang dengan 5 kereta.. dan dah berpakat utk berkhemah sahaja sambil ber bbq di malam harinya.. tempat pilihan utk bercamping adalah di Teluk Gorek Camp Site..tidak jauh dari Gunung Arong tersebut dan bersama kami adalah salah seorang pelajar yang pernah mendaki Gunung Arong… dialah guide kami pada hari kejadian… orangnya kami kenal pun semasa mendaki Gunung Bukit Kutu bbrp bulan yang lalu… so kiranya selesai lah semua urusan…checklist pun complete..semua yg patut ada pun dah ada.. maka bertolak lah kami di pagi Jumaat dengan target mesti sampai sana utk solat Jumaat di Mersing… perjalanan lancar dan tiada lah jam atau mengikut lori kelapa sawit dengan perlahannya... kami sempat sampai untuk solat jumaat di masjid berdekatan dengan kawasan perkhemahan... yang perempuan2 semuanya ke kawasan camping dulu...dan yang lelaki pergi bersolat... 


sebelum hujan..


selepas hujan...memang haru biru di buatnya.. 
tapi nasib baik semuanya kemahiran hidup tinggi.. hahaha.. 
ujan berhenti je pasang semula khemah..


lepas dia org selesai solat barulah kami mulakan aktviti memasang khemah... alhamdulillah masa kami sampai cuaca sangat cerah dan memberangsangkan.. khemah pun telah siap di pasang dan bag2 pun dah di bawa masuk ke dalam khemah... nak di jadikan cerita tiba2 awan bertukar menjadi kelabu dan semakin gelap... dan tiba2 hujan turun dengan lebatnya... bukan setakat lebat tetapi dengan angin yang kuat hingga hampir menerbangkan khemah.. apa lagi kelam kabut le semua org cuba mempertahankan khemah tapi tertewas jua... maka terpaksalah khemah2 yang hampir roboh dan ada yg telah senget benget itu di buka semula dan setelah hujan reda dan tiada angin kencang membawa pasir ke mata2 kami baru lah kami memasang semula khemah tersebut... nasib baiklah hujan nya sekejap aje... hujan yg sangat2 lebat dan sempat mengkuyupkan kami semua tetapi sekejap... maka bertungkus lumuslah kami memasang semula khemah dan kemudian bersedia utk membakar ayam dan kambing...disebabkan kami mcm wonderpets yg saling bekerja sama maka sekejap sahaja lah kami memasang semula khemah tu dan terus menumpukan perhatian kepada acara masak memasak... mana yg tak de apa nak buat sangat tu pegi membersihkan diri dan amik lah shift mengemas nanti ya...



sedap kan... mantap chef2 kami yg tolong perap lamb dan ayam ni... 
sos pun mantap... 

selesai kisah makan2 maka tibalah masa berehat... aku memang awal2 dah refresh diri pastu masuk khemah nak tido... walaupun tido2 ayam sambil mendengar alunan karok dari group2 lain tapi dapatle melelapkan mata juga... lebih kurang jam 4 pagi kami bangun dan refresh diri... bersiap2 untuk ekspidisi menawan Arong... nak tgk sunrise le katanya... kami bergerak menuju ke masjid berdekatan dengan kaki gunung arong... lepas solat subuh kami memulakan pendakian..

di subuh2 hening...nak mula mendaki... 
memang saje letak gambar ni biar tak nampak muka... 

pit stop puncak pertama...masa ni rasanya dalam jam 7.15 pagi..
gambar kelabu kelala... dan tak nampak matahari.. 
kabus menyelubunginya...

nak cerita pasal suasana semasa mendaki memang tak dapat nak cerita.. kami naik rasanya jam 6 pg... memang gelap dan hanya berpandu kan cahaya headlamp sahaja... aku memang pandang depan je lah ikut cahaya lampu... jalan pada aku tidak terlalu mencanak... sebab aku masih boleh berjalan dengan agak laju..memandangkan sejarah aku ni kalau mendaki memang slow motion...huhuhu... kalau tak silap aku sampai lebih kurang jam 7 lbh pagi di pit stop pertama puncak... keadaan agak mandom... di selubungi oleh kabus.. macam aku ni memang confirm le terlepas nak tgk sunrise kan..tp kata gang yg sampai awal memang tak nampak pun... mungkin sebab cuaca agak mandom... kami berehat sambil makan roti di pit stop pertama... nak terus ke pit stop kedua ada satu group lagi tgh lepas kat situ...so kami stay dulu di pit stop pertama...

pit stop kedua..macam2 aksi dan pose utk wefie dan selfie ada...

pit stop ketiga... memang nampak laut dari atas puncak

lepas group di pit stop kedua beredar kami pula mengambil alih...masa ni dah agak cerah...dan kami ambil kesempatan bergambar, berwefie dan berselfie... tak hengat dunia dia org ni kalau bergambar... hahahaha... lepas tu kami ke pit stop ke tiga pulak... kat sini memang mabeles... kena panjak batu skit je...untuk mendapatkan kepuasan maksima di atas puncak Arong...dan hasilnya adalah seperti gambar di atas... kita akan dapat lihat laut yg luar terbentang di bawah sana... kiranya kami ni turun di jalan lain... tadi naik dari jalan darat... dan bila turun nanti kami akan jumpa pantai..dan kemudian berjalan kaki ke kawasan camping kami... ok..and finally kami berposing di last stop di puncak Arong sebelum memulakan perjalanan turun ke bawah...

last pit stop di puncak Arong..

lepas berposing di last pit stop puncak Arong tadi kami memulakan perjalanan turun... keadaan trek sederhana...dan kami turun secara santai sahaja... sampai2 di bawah kami di sambut oleh deru laut pasir pantai... cuma cuacanya agak mendung.. tapi tidaklah kami nak bermandi manda pula sebab dah ternampak2 khemah kami nun di seberang sana...dan mengenangkan nak menapak ke tapak perkhemahan tu agak jauh... 

jgn mare aaa... kami sempat buat photoshoot majalah... 

redah lagi... ni baru half way nak ke tapak khemah..jauhnya lagi nak sampai..

perjalanan dari kaki gunung nak ke khemah boleh tahan juga... kena redah kawasan berbatu2 dan kena redah air laut juga sebab air pasang... lepas tu jalan lagi dan lagi... setelah hampir 45 min kami sampai juga akhirnya ke kawasan khemah... ada masa lagi so bbrp org pi terjun laut dulu...berendam puas2 lepas tu naik je ke pantai kami dah tak boleh rehat2 ya... kena kemas2 khemas dulu dan settlekan alatan memasak...sebab tapak khemah pun ada check outnya... ada org lain nak guna pulak lepas kami... so, bermulalah adegan kemas mengemas... lepas settle kemas mengemas kami siapkan diri..refresh dan mandi dan bersiap2 utk bertolak balik... lebih kurang jam 12 lebih kami semua pun bertolak pulang dengan 1001 kenangan with 2 days 1 night Arong Escapism... overall puas hati, best, mabeles, grateful, dan dapat abiskan masa terutama dengan students yg mostly nak g LI lepas ni dan confirm susah nak jumpa kan bila dah kerja... dan yg kelakarnya rasa tak sabar nak hiking lagi... :)