December 31, 2014

Hong Kong Trip :: Day 1 (Arrival)

Sebenarnya kira-kira 4 bulan lepas baru terfikir nak ke Hong Kong ni... so, tanya Mr Hubby dan adik2.. mereka kata ok dan my sis and her hubby pun nak join... so bermula lah adegan booking membooking flight dan accommodation... lama juga lah nak mencari accommodation di HK ni... baca macam2 blog, tengok forum dan buka macam2 website jugak lah... akhirnya kami decide untuk booking satu Guesthouse dari pada website AIRBNB ... flight pula from KL - HK kami naik Cathay Pacific dan dari HK-KL kami naik MAS... so kiranya expenses terbanyak utk trip kali ini dah kami settlekan... cuma kumpul duit utk entrance fees, makan dan souvenir... no extreme shopping2 sebab kami ni budget traveler...haha...
flight yg kami naiki ke HK.. Cathay Pacific..
jauh mengembara...
Flight kami berlepas pada jam 9.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 1.00 tghari... selesa dan luas sit nya.... atas flight pun kenyang dengan lunch (nasi + ikan) dan sambil2 tu tengok movie yg di sediakan inflight... kami di kehendaki mengisi borang ketibaan macam kat bawah ni... serabut skit borang ni... lupa nak snap yg kosong...so, nak tak nak kena lah edit jadi mcm kat bawah... :)
 arrival card..
kami sampai kira2 jam 1.00 tghari... setelah selesai urusan imigresen, kami pun ambil bagasi... haaaa, satu lagi perkara...rupanya HK dah tak guna stamping method dah utk ketibaan... dia just print je atas kertas kecik... passport aku bersih je, takde pun stamp masuk ke HK... selalunya seronok sebab nak kumpul stamp...hahahha..kali ni tidak le pula... printed version je yg ada... dan aku selit je kat cover passport tu...
settle je amik bag.. kami mencari kedai 1010 (Telco shop) yg sering di perkatakan dalam blog2 blogger yg pernah ke HK... pusing2 punya pusing tak jumpa... katanya dekat area F.. tapi aku tgk dah tukar kedai... perrghhh... pening gak barang seminit dua.. ye lah.. kalau boleh nak ada satu traveler sim.... mudah nak call host dan guna internet kan... last2 kami pusing lagi sekali dan jumpa booth China Mobile.. gasak le... belasah aje asal ada... dapat le beli unlimited traveler sim dengan harga HKD 140 utk kegunaan kami selama 5 hari... booth ni level arrival... korang pusing2 mesti jumpa...
booth China Mobile...
settle satu perkara, kita ke next task plak.. mencari customer service centre...terletak di tingkat departure... dengan main entrance gak lah... ataupun ikut signboard train... memang akan jumpa punya... kat sini kami beli Octopus Card untuk kegunaan menaiki MTR... kami byr HKD 150 (100 isian dan 50 deposit) untuk adult... lepas tu kami terus mencari bus stop ke guest house kami..
 
inilah HK...
senarai no bas dan platform nya...

platform for A21 bus...

sebelum ke platform sepatutnya, kami call dulu host GH utk memberitahu yg kami dah sampai...dan supaya dia boleh estimate masa yg sepatutnya utk tunggu kami di bus stop... lepas tu baru lah kami mencari platform utk bus A21... mudah je cari bus ni.. ikut le signboard bus yg disediakan.. lepas tu cari je platform anda berdasarkan sign board macam di atas tu.... dalam 10 minit menanti akhirnya bus pun sampai... bus ni 2 tingkat... bag2 yg besar semuanya boleh di letakkan di tempat yg di sediakan di tingkat bawah... lepas tu suka hati lah samada nak duduk atas ataupun bawah... jgn risau, ada CCTV di area bag2 tersebut... insya allah selamat...



perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.. sepanjang perjalanan kami ternampak cable car utk ke Ngong Ping 360 dan CityGate Outlets... waahhhh...excited sudah... lebih kurang 30 minit, kami dah mula masuk ke kawasan Bandar... ramainya manusia dan kenderaan...perrghhhh...sangat ramai... tak lama kemudian kami sampai ke stop yg sepatutnya... turun je, kami call host dan beritahu kami dah sampai... dalam masa 10 minit host kami, Davis pun sampai dan bawa kami ke guest house.. Alhamdulillah, kami selamat sampai di GH... selepas berkenalan dengan Davis dan mendengar sedikit penerangan daripada dia, Davis pun beredar... kami pula berehat sekejap, solat dan makan ringan... maklumlah lepas ni nak ke Avenue of Star pula... 
khas utk Felia...ni bilik yg ada kat GH kami..kecik je..ngam2 dua org dewasa...tapi sesuai utk kami yg pg2 dah kuar jln...ptg/malam baru balik GH...

ni katil kat ruang tamu... boleh tido untuk lagi 2 orang... ada langsir yg menutup pandangan dari katil ni dengan sofa kecik dan kabinet tv...

haaa.. ni sofanya..tv pun ada... nampak tak belah kiri tu katil yg kat atas... dan yg purple tu langsirnya...abaikan gue yg tengah serius cari barang dalam bag tu...

toilet n shower...ada hot shower...

December 5, 2014

Me and Travel


The World is a book, and those who do not travel read only a page." - Saint Augustine

Love the quote... Travel memang one of my interest... pada aku, kalau kita suka sesuatu tu kita akan berusaha kumpul duit utk dapatkan sesuatu tu... sama juga macam travel... bukannya bermewah2an pun... me being a budget traveler.. asalkan dapat jejak kaki kat negara org..... hope terbuka lah skit minda kita ni bila dapat melihat negara lain dan ambil mana2 perkara yg positif dari pengalaman di sana...


aku suka jalan2 sana sini... so aku akan cuba kumpul duit utk itu, tapi aku sangat jarang dan hampir tidak bershopping barang2 mahal tak kisahlah samada handbag mahal ke, kasut mahal ke, gadjet dan sebagainya... so, actually its not about whether you're rich or not.. its more on your passion, interest on something.... so, irayusof this year you are going to Hong Kong... next year sila keringkan hati dengan godaan2 lain dan simpan duit utk next destination pula... tak kisah lah dalam mahupun luar negara.... insya Allah...


aik...tetiba ada gerrard... :)