Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Program Finishing School

15-16 Okt lepas, aku dan bbrp rakan seFSKTM dijemput join Program Finishing School ni.. kami di jemput utk jadi fasi.. targetnya adalah pelajar2 tahun akhir.. nama pun finishing school kan...:) kiranya untuk beri pendedahan kat student ni tentang alam selepas tamat pengajian.. beruntung sebenarnya mereka2 ni sebab program ni dibuat utk memastikan mereka dapat pengetahuan tentang kemana hala tuju selepas tamat belajar, tips2 macam mana cara nak cari atau dapatkan kerja, cover letter, resume.. yg paling best siap ada mock interview.. yg ni memang at least ada satu pihak luar yg di panggil utk menjadi panel.. utk FSKTM, ada panel dari Mesiniaga, Oil and Gas Company dan juga Seagate.. at least dapat juga rasa macam mana masuk bilik interview.. takde lah terkezut masa first time interview nanti... tapi dalam pada tu, ramai juga student yg tak datang.. alasan??? macam2 ada... apa2pun tahniah pada semua pelajar2 yg hadir pada Program Finishing School ni.. anda memang terbaeeekkkkk....

Home Fair @ Persada Johor

sambil2 balik ke rumah parents @ JB tu sempat lagi curi masa sekejap ke Home Fair kat Persada Johor. First time pergi ke home fair ni, pergi ngan adik... dia lah yg bgtau ada homefair. Dia pun nak naik rumah baru, so sibuk lah survey sana sini nak cari brg rumah, nak buat kitchen cabinet etc... tak lah besar sangat, biasa2 je tapi dalam macam tu, sangkut jugalah satu dua brg... tilam dan kitchen cabinet accesories... tilam ni sebab nak yg custom made punya.. rupanya saiz katil yg bawak dari sana kecik daripada sini, so tak sesuai le nak beli tilam2 yg dah ada kat kedai2 tu... nak tak nak kenalah custom made... accesories ni sebab menurut kata adik ku, murah le skit daripada harga biasa kat luar tu... so, kami pun pakat2 le beli sama2...

'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

Akulah salah sorang yg kehujanan malam itu... nasib baik masih dikurniakan nikmat sihat olehNya keesokkan harinya....Alhamdulillah... Utusan Malaysia (24/10/2011) 'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan BATU PAHAT 23 Okt. - Perarakan konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ala 'Town and Gown' berlangsung meriah bagaikan pesta apabila disertai 2,400 orang dan digamatkan dengan pertunjukan bunga api, malam tadi. Perarakan dari Jalan Rahmat ke Stadium Batu Pahat itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat setempat tentang Majlis Konvokesyen UTHM Ke-11 yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober ini. Program itu juga merupakan satu simbolik hubungan erat antara warga UTHM dengan penduduk di daerah ini seiring tema perarakan iaitu 'Inovasi-Rakan Universiti-Komuniti'. Berdasarkan sejarah, perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai 'Communiversity Celebration' menjadi amalan turun-temurun beberapa universiti luar negara seperti Univ

Wajah baru FSKTM

wajah baru FSKTM.. akhirnya kami dapat bangunan baru setelah bbrp lama berada di kampus bandar... walaupun ada yg kata rindu jugaklah dengan kampus bandar... maklumlah dekat dengan segala kemudahan dan kedai2... ckp saja nak apa... boleh jalan kaki... tapi dengan adanya bangunan baru ni... lebih selesa lah... ada pertambahan lab baru, bilik2 seminar yang lebih luas daripada kampus bandar dan bilik pensyarah yg lebih luas skit...