Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Kanvas Semua Bintang

hari ni badan tak sedap sangat...sebenarnya dah masuk hari ketiga fenomena ni berlaku...tapi hari ni memang rasa tak larat sangat, so duduk rumah je...makan ubat dan tido jap dengan harapan nanti tghari dah agak ok.... alhamdullilah...dah rasa beransur ok..mana taknye daripada semalam telan panadol dengan jayanya...telan ubat selsema dari klinik kat 'Dawlish Road'...memang mujarab ubat tu...lepas makan terus terlena... so, ni dah makan tghari skit...dah lega skit...duk le mengadap PC...Title: Kanvas Semua Bintang?? apa ke benda lah tu.. takde lah...aku ni sebenarnya dok usha2 kasut ni dan yang sewaktunya dengannya...Converse All Stars ataupun direct translationnya daripada kamus aku (Kanvas Semua Bintang...hahahahaha)....tapi yg tak berkenan sangat tu dengan harganya.....waduh2....seremmm dibuatnya...last2 fikir semula..takpelah tak pakai kasut ni pun...tapi kat carboot memang susah nak jumpa...kasut biasa saiz aku pun susah nak jumpa, apatah lagi jenama macam ni... fikir punya

Hajat di hati nak tengok wayang

semalam bank holiday kat sini... Spring Bank Holiday (Last Monday in May)... ngatkan cik abang kerja... kita pun tak merancang awal2 nak ke mana2...la...rupanya dia tak kerja...penuh kesabaran je lah.... akhirnya sambil2 breakfast tengok DVD Transformer... habis je tgk citer dah kul 11 lebih pagi.... last2 rancang nak tengok wayang... nak tgk citer Night at the Museum 2 hajatnya... tapi sebelum tu pergilah Castle Vale dulu...jenguk2 Argos dan Comet...sebab nak survey fridge freezer...yang kat rumah dah rosak...dan tak rasa tn rumah nak ganti yang baru... survey punya survey adalah agak ok.. tapi tak beli lagi...dah nama pun survey kan... lepas tu ke Asda kat One Stop plak...cari barang2 dapur....tapi sedih plak sebab tak boleh beli yang frozen...huhuhuhu... peti ais takde kan... hmmm...tak sedar masa berlalu...pusing sana, pusing sini...rupanya dah dekat jam 4 petang... dah le tak solat zuhur lagi, sebab kuar dari rumah tadi dalam jam 12 tghari... nak tak nak, terpaksalah cancel plan t

Sibuk sungguh si dia ni

bakal dato' yang sibuk tiba2 teringat kat adik lelakiku yg comel dan bolattt ni...sangatlah sibuknya tak terkata...bukan setakat sibuk dengan kerja ofis yang memerlukan dirinya outstation (hmmm...outstation ke??? ) membawa student ke sana dan kemari...tapi sibuk dengan kerja sampingan dengan tema mari mencari duit lebih untuk belanja kenduri nanti ya....... satu je tak berubah, badan tetap maintain comel dan bolattttttt..... ipah jeling uda..uda, jgn makan banyak2 sangat ya... mungkin inilah kerenah kebanyakan anak lelaki kot...semuanya diserahkan kepada emak..kalau ada kakak atau adik perempuan, yg ni pun dikerah idea dan tenaga utk menyelesaikan apa yg patut...mujurlah ada Ipah dan Idah...dia berdua ni lah yang selalu bising pasal abg dia ni....konsep warna baju pun adik perempuanku dua org ni jugak lah yg fikir....bila ditanya, Uda...nanti masa kenduri sebelah perempuan kita satu family nak pilih baju warna apa? Masa sebelah lelaki pula nak warna apa?? Jawapan yg paling best d

Konsert Akhir AF7

Akhirnya tamat sudah AF7 musim ini…juara hinggalah tempat kelima sudah dinobatkan…pendapat peribadi aku, konsert final kali ini agak hambar…kurang menyengat, tak tahulah di mana silapnya…tapi rasanya, mungkin pada pemilihan lagu yg kurang sesuai atau tidak mesra telinga….semasa lagu diberi kepada pelajar pada hari Isnin minggu terakhir hanya bbrp lagu sahaja yg aku rasakan agak mesra telinga dan sesuai dengan pelajar…antaranya Bercinta (Akim) & Cinta Adam dan Hawa (Isma) dan Kasih Tak Sampai (Aril)…lain2 hmmm..ntahlah…macam ada yg tak kena je….kalau lagu baru pula, paling mesra telinga mengikut pilihan dan turutan aku adalah lagu Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Bisikan Godaan (Isma), Ya Papa(Yazid) & Toksik(Aril)…... Tapi boring2 pun aku layan je kat youtube...mana yg agak bosan or lawak2 tak berapa nak jadi tu aku skip je... Persembahan Pilihan Back to final concert AF7....Ni lah pilihan aku ya....1. Akim 2. Hafiz 3. Isma 4. Aril 5. Yazid Tapi cuma performance Akim, Hafiz

AF7 hampir berakhir...

Tiba-tiba terselit satu lagi entry AF7…dulu satu entry ketika AF7 baru bermula dan kini di akhir AF7…yup minggu ini merupakan minggu terakhir AF7…begitu cepat masa berlalu kan… daripada menyukai Hafiz dan Aishah..kini bertambah lagi seorang, Akim…transformasi ke atas Akim sangat ketara…bukan sahaja rambutnya…hahahaha….tapi lontaran suara dan keyakinan di atas pentas…minggu lepas merupakan minggu yg paling cemerlang buat Akim…seronok mendengar dendangan lagu I’m Yours daripada Akim…sememangnya lagu makanan dia…tapi yg penting dia berjaya bawa lagu ni dengan bersahaja dan comel…motif sungguh kan, nyanyi lagu dengan penuh comel…dan bertambah comel dan kiutnya bila dia memberi bunga ros merah dan kad comel kepada Aishah, pelajar AF7 yg di katakan di sukai oleh Akim..atau mungkin suka sama suka atau mungkin juga teman tapi mesra… Hafiz pun memberikan persembahan yg sangat cemerlang bagi lagu I Believe I Can Fly …yup, lagu makanan Hafiz juga…mantap dan best sangat2…tidak memerlukan pengguna

Majlis Ilmu Wanita, 2009

Alhamdulillah…Majlis Ilmu (MI) 2009 berjalan dengan lancarnya pada 9/5/09…tapi tak ngat langsung nak snap gambar walau sekeping dua....makanya takde lah gambar sebagai bahan bukti kejadian berlaku serta masakan sendiri yg dihidangkan di MI... Tiga empat hari sebelum MI, dah dok fikir2 nak masak apa...sib baik semuanya berjaya dilaksanakan...menu hari tu simple2 je.. ayam masak lomak ( versi pedas dan tak pedas langsung)...kenalah buat dua versi...sian kat kanak2 dan rakan2 yg tak makan pedas...pastu ayam goreng KFC, sayur campur, lasagna dan puding cocktail... kemudian di tambah lagi dengan juadah yg di bawa oleh rakan2 semua....sayur campur tu chef yg didatangkan khas dari Dawlish Road yg tolong masakkan... thanks chef...Lasagna sold out...sian kat rakan2 yg tak dapat merasa...ada yg bagitau, lain kali buat dua bekas...depa tak dapat rasa, dapat amik bau je...tengok2 dah abis...huhuuhuh...memang kena buat dua bekas lah gamaknya... Agenda kali ni..bacaan yassin, diteruskan dengan tazki

Scotland Series (3)

siri terakhir Jelajah Scotland....pagi2 lagi dalam jam 8.30 dah bergerak ke Edinburgh.....antara destinasi yg dituju ialah Edinburgh Castle, National Museum of Scotland & Childhood Museum... kawasan sekitar Royal Mile pun kami selusuri...area ni banyak Souvenir & Gift Shop...memang rambang mata...boleh menipiskan poket juga... Sekitar Royal Mile awal2 lagi dah nampak Wallace celup...biasanya kita akan bg le bbrp pence kat depa ni sambil2 bergambar kenangan...kiranya appreciatelah apa yg depa buat ni... ni tak masuk pun...sekadar bergambar kat luar je Gift shop...memang rambang mata...tu Kilt..pakaian kebangsaan depa...mahal gak nak beli satu set tu.... manusia kertas...macam2 ragam cara depa cari rezeki kat area Royal Mile ni....seronok tgk... lengkap dengan Kilt & Bagpipes.... Edinburgh Castle pandangan dari car park...nampak besar kan... ramainya manusia beratur nak beli tiket...kami memang tak berniat nak masuk pun...tiket 12 pound... kita guna

Scotland Series (2)

William Wallace Monument destinasi seterusnya ialah Wallace Monument...tempat yg mejadi kemestian peminat filem Braveheart kot...kalau tak disebabkan Mel Gibson dan movie ni...harus aku pun tak pernah dengar nama Wallace....Dia ni umpama pejuang Scotland lah...tak familiar sangat fakta sejarah nya..so, tak yah citer panjang2 nanti aku sejarah baru plak tercipta... Wallace monument ni di atas puncak bukit...sengal jugak lah kaki dibuatnya nak memanjat ke atas....gambar ni di ambil pun masa half perjalanan ke puncak...rasa jauhnya amat perjalanan....berliku2...bila dah sampai tu, rupanya kena mendaki lagi...ada 4 tingkat semuanya...tangganya macam tangga istana citer dolu2...berpusing2...rasa macam Cinderella, Snow White dan Sleeping Beaty sedang menyusuri anak tangga plak masa ni...hahahahaha... antara fakta sejarah yg di letakkan di dalam Monument... Replika pedang Wallace...sama tinggi ngan aku rasanya...or sama rendah ngan aku...hahahhaha pandangan atas daripada Monum