Tiba-tiba terselit satu lagi entry AF7…dulu satu entry ketika AF7 baru bermula dan kini di akhir AF7…yup minggu ini merupakan minggu terakhir AF7…begitu cepat masa berlalu kan… daripada menyukai Hafiz dan Aishah..kini bertambah lagi seorang, Akim…transformasi ke atas Akim sangat ketara…bukan sahaja rambutnya…hahahaha….tapi lontaran suara dan keyakinan di atas pentas…minggu lepas merupakan minggu yg paling cemerlang buat Akim…seronok mendengar dendangan lagu I’m Yours daripada Akim…sememangnya lagu makanan dia…tapi yg penting dia berjaya bawa lagu ni dengan bersahaja dan comel…motif sungguh kan, nyanyi lagu dengan penuh comel…dan bertambah comel dan kiutnya bila dia memberi bunga ros merah dan kad comel kepada Aishah, pelajar AF7 yg di katakan di sukai oleh Akim..atau mungkin suka sama suka atau mungkin juga teman tapi mesra…
Hafiz pun memberikan persembahan yg sangat cemerlang bagi lagu I Believe I Can Fly…yup, lagu makanan Hafiz juga…mantap dan best sangat2…tidak memerlukan penggunaan pentas yg over, tidak perlu bergerak ke sana dan kemari…cukup sekadar menggunakan sedikit ruang dan selebihnya berdiri di satu tempat sahaja…tapi apa yg boleh dikatakan, memang mabeles sungguh persembahannya…
Sabtu ni kita nantikan sahaja kemunculan juara AF7...kalau tanya aku, aku pilih Akim atau Hafiz..mana-mana pun boleh...third place pilihan aku adalah Isma, keempat Aril dan kelima Yazid...tapi undian di tangan penonton kan....so kita tunggu dan lihat je lah nanti...
Comments
Post a Comment