May 21, 2016

Krabi Trip 4D 3N :: Day 1 (Hatyai, Trang Andaman Gateway, Gua Khaokob, The Reef Hostel @ Aonang)


Sambung dari post sebelum ni...  


Lebih kurang sejam lebih, kami pun sampai ke destinasi pertama. Kedai makan… namanya Grand Lazeez terletak di Hatyai… katanya tempat shooting Biker Kental… aku tak tau betulke tak, sebab aku tak tgk movie tu... sampai2 je lauk dah di hidangkan… simple je..sup daging, ulam-ulaman, telur dadar, sambal belacan dan nasi putih… tapi memang sedap le sup nya… baru lah sup siam… kaw2 kaw2 rasanya…


nyum...nyum....

lepas dah kenyang kami teruskan lagi perjalanan… Bang Ya bgtau nanti akan berhenti di Trang Andaman Gateway… tempat amik2 gambar… perrghhhhh panasnya masa tu… tengahari terik… tapi kami gigihkan juga demi nak bergambar… tak lama… rasanya dalam 30 min – 45 min je kami kat area ni… lepas tu sambung lagi perjalanan ke Gua Khaokob… kiranya sape2 yg amik van dari BKH dapatlah le singgah2 kat tempat2 ni… tapi sape2 yg naik flight biasanya memang tak kan ke Trang Andaman Gateway dan Gua Khaokob ni….




Trang Andaman Gateway 


tak cukup korum...yang lain2 pi cari port lain...

Nak masuk ke gua ni bayaran nya 100 baht seorang… kena naik sampan ya kalau nak masuk gua ni…. Satu sampan boleh naik dalam 5 org.. kami naik 2 gang lelaki dan 3 gang perempuan… Bang Deen suh naik macam tu… dia suruh ada lelaki kat bot tu… lepas dah naik baru tau kenapa… sebab memang gelap gulita kat dalam tu… dan pembawa sampan adalah lelaki… bagus betul guide kami ni kan… menjaga keselamatan dan keselesaan kami…
 happy tak kami.. hahaha... ni sebelum masuk gua...

Mula2 naik sampan tu biasa2 aje… tetiba pembawa sampan tu suh baring… down…down.. katanya… ngatkan apa..rupanya kena baring… aduhai..dah macam acrobatic dah rasa… kenapa kena baring?? Sebabnya langit gua tu sangat rendah… kalau tak baring alamatnya cedera le kami di toreh2 ketajaman gua tu… lepas bbrp minit berbaring, barulah kami dapat bangun semula… dan akhirnya sampai le ke dalam perut gua tersebut…



Apa yg ada…hmmm…sama je lah dgn gua2 lain kot… ada trek utk berjalan2 dalam tu… ada stalaktik dan stalagmite… ada mcm segmen2 bilik2 gua…Cuma kalau kat gua Malaysia takde lah letak kalung2 bagai… dan patung2 skit.. kat sini ada bunga2…patung2…dan benda2 lain… aku ni memang tak tgk sangat..maklumlah penakut…hahahaha… lepas dah bergambar2 skit.. tibalah masa untuk keluar dari gua tu… rupanya sekejap je boleh duduk masa mula2 start… lepas tu terus kena baring… haru2… kali ni lagi mencabar sebab lagi rendah syiling gua tu… terasa juga le kena tangan ni skit… sebabnya aku pi letak beg atas badan… patutnya letak bawah seat bot tu… aduhai… makanya asyik tersangkut le bag tu… tapi akhirnya kami berjaya keluar dengan jayanya…Cuma kalau tanya aku, aku tak nak dah masuk gua ni…. Dan nasihat aku, tak yah le bawa anak2 kecik masuk gua ni… kesian budak2 tu… bot belakang aku, anaknya nangis… mungkin sebab gelap sangat kot…


Setelah keluar dari gua kami pun menuju ke van semula… ooo sebelum tu dia org ada jual gambar yg di ambil masa mula2 sampai kat gua... dia org letak kat pinggan souvenir tu… terpulang… takde paksaan ya… sape2 nak beli boleh, tak nak beli pun boleh… lepas tu kami terus ke van… dan meneruskan perjalanan ke Krabi… kali ni kami terlena2 jugak lah dalam van tu.. rasanya ambil masa hampir 2 jam juga untuk sampai ke Krabi… Bang Ya terus bawa kami ke ketam gergasi.. sebab dia cakap masa masih ada dan kalau nak tunggu esok atau lusa takut tak sempat… ketam gergasi ni macam trade mark Krabi… agaknya nama Krabi ni dari crab ke?? Entahlah aku pun tak kaji sejarah Krabi ni…

 trademark Krabi...

So, sampai je kat ketam tu..kami pun bergambar le dengan trademark Krabi ni… berposing seround dua..kami terus di bawa pula ke restoran ala2 steamboat… yg ni tak termasuk pakej ya… bayar sendiri…hehehehe… tapi kami ni, part2 makan memang tak kisah… asalkan sedap dan berpatutan…. 

makan puas2.... :)

Dah makan kenyang2 barulah kami di bawa ke hotel… hotel kami area Aonang… namanya The Reef Hostel… hotelnya betul2 depan Masjid Aonang… dan dekat dengan restoran halal… mudah sangat nak cari makan… dan kalau berjalan dari hotel tu..memang terus je ke area pantai Aonang….dipenuhi dengan kedai2 souvenir dan kedai2 massage… Sampai2 je bilik… memang dah penat sangat2… konon2nya nak keluar semula pusing2 Aonang… tapi tak larat sangat2… badan penat…..mata ngantuk… jadi akhirnya yang paling best adalah tido…. zzzzzzzzz…… so, di sebabkan kisah hari pertama dah nak tamat maka kita sambung citer Krabi ni pada next post ya….. daaaaaaa…..

inilah tempat kami berehat 4D 3N... sangat selesa dan berpatutan...

lounge... sebelah hotel ni ada farmasi...senang nak beli ubat... :)

tgk tu tuala nya.... macam bilik honeymoon dah plak...hahaha

yang ni tak de burung... mcm candy plak di lipatnya tuala tu.. 


May 14, 2016

Krabi Trip 4D 3N :: dari Selatan ke Utara

  


Trip ke krabi ni tercetus masa oktober 2015 kalau tak silap aku… lepas tanya member2 hiking, kami pakai2 nak pergi sama2… tarikh yg di pilih adalah pada 28 April 2016 – 1 Mei 2016. Kami ke sana 10 org, 6 perempuan dan 4 lelaki... kebanyankan adalah gang hiking... cuma 2 org je yang baru aku kenal.. tapi alhamdulillah... semuanya satu kepala... Aku yang kena incharge projek jalan2 kali ni. Di sebabkan malas nak memenatkan fikiran, maka aku decide yang kami akan guna pakej je di sana. Maka bermulalah acara mencari pakej yang berpatutan. Aku kalau nak pergi sendiri tanpa pakej biasanya aku memang cari tempat yg ada subway, tram, train, mrt dan sebagainya. Sebab kalau nak turun naik bas memang leceh, kalau bawak keta nak kena fikir parking keta dan bayar parking plak. So, kali ni aku pakai pakej je… senang kerja...

Cari punya cari, tanya pakcik google, fb dan macam2..akhirnya aku dapat satu pakej yg aku rasa ok.. aku ulang ya..pakej yg aku rasa ok… so tak semestinya korang rasa ok… pakej kami 4D 3N dengan harga bawah RM600… pakej ni termasuk van vip, hotel, bot island hopping dan makan sekali masa island hopping tu...

Akhirnya waktu yang di nanti pun tiba. Kami bertolak dari Batu Pahat lepas mahgrib. 2 kereta dari batu pahat dan akan bertemu lagi 2 rakan di Bukit Kayu Hitam. Mula2 nak naik bas tapi tau2 je lah naik bas ni lagi unpredictable berbanding bawak keta sendiri kan. At least kalau dengan keta sendiri, kita sendiri yang rancang perjalanan nak berhenti kat mana kan… Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 malam dan sampai di RnR Gurun jam 5 pagi.. sepanjang perjalanan kami  berhenti beberapa kali untuk solat, makan dan ke toilet. Sampai di gurun, tido sat kat surau dan kemudian membersihkan diri dan solat subuh…. dan breakfast juga… kul 6.30 kami bertolak ke Zon Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam… lebih kurang jam 7.30 pagi kami sampai dan parking di area Zon Bebas Cukai… tapi dah lupa dah sehari berapa ringgit nak kena bayar parkingnya…

Sesampainya di sana, kami menanti Joe dan rakannya yang akan membawa kami ke Krabi…. Sekejap je kot, dalam 5 min dia org dah sampai… berkenalan sat dengan Joe dan driver dan guide kami selama 4D 3N… Driver kami gelarannya Bang Ya… dan Guide kami gelaranya Bang Deen… Alhamdulillah kedua2nya boleh berbahasa Melayu loghat utara dan juga berbahasa Siam… kami terus punggah barang ke dalam van dan memulakan perjalanan ke Imigresen Thailand… kat sana kena turun dan beratur untuk melepasi Imigresen… jangan lupa selit RM 1 dalam passport ya… kenapa??? Jangan tanya aku, aku ikut je apa yg guide suruh… dan memang semua org buat macam tu kot… sebab bbrp blog yg aku search pasal Krabi pun buat benda yg sama…. Selesai semuanya di Imigresen, kami tunggu van di seberang sana… Danok le… mana lagi kan… hahahaha… kami cari money changer dan tukar duit siap2 kat situ… dah settle semua kami naik van dan memulakan perjalanan….

inilah van kami...sangat selesa… 

Oooo… nak citer pasal van kami… wallaahhhhh… memang selesa sangat2… nama pun van VIP… van ni ngam2 untuk 10 orang… so kalau terlebih memang tak best lah..sebab seat memang utk 10 org…. ada karaoke lagi… tapi mic takde… kata Bang Ya, hilang tak tau sape amik… last trip sebelum kami mic nya hilang…. Tapi, walaupun takde mic, kami tetap gigih nyanyi bila dia org bukak video karaoke tu… lagu melayu ya… kalau lagu siam memang syahdu… tak faham…  haaaa…lagi satu driver ada WIFI… so kami guna le WIFI tu sungguh2… live update le… apa lagi… hehehehe….Sementara nak menanti sampai ke destinasi yang pertama, maka sempat jugaklah kami melelapkan mata… zzzzz…. Di sebabkan dah dalam dreamland… aku sambung cerita ceriti ni dalam next post ya… :)