April 30, 2010

Malaga :: Spain

Sambung kisah jalan2 Andalusia... next day perjalanan di teruskan ke Granada.. tapi sebelum tu singgah dulu bandar Malaga... antara tempat yang menjadi trade mark adalah Plaza de Toros, tempat Matador... kebetulan hari ni ada perlawanan... ramailah org datang tengok...

depan Plaza de Toros

salah satu pintu masuk...

patung bullfighter kat depan Plaza de Toros...



ada jual souvenir skit...

plaza de toros...

dah makin ramai datang untuk menonton...

selesai bergambar kat Plaza de Toros, kami menuju ke Gibralfaro pula... belakang tu lah bangunannya...

rupanya tinggi sungguh nak menapak ke atas... tgklah setakat mana naik..sebab nak kejar masa nak ke Granada lagi...

Plaza de Toros dari pandangan atas..amik masa naik ke Gibralfaro...


Malaga dari atas... akhirnya kami tak teruskan perjalanan ke puncak Gibralfaro... tinggi sangat nak menapak.. pas tu dah tengahari... takut tak sempat nak jelajah Alhambra, Granada plak... so, turunlah semula dan meneruskan perjalanan ke Granada...

April 29, 2010

Kata Angah: 4Life Transfer Factor


Dalam bulan lepas angah ada bagitahu yang dia join 4life Transfer Factor (TF).. tak pernah adik aku yg no 2 ni nak join apa2 kategori MLM ni... dalam family, dia lah yang paling tak minat benda2 macam ni sejak zaman sekolah, uni mahupun bila dah kerja... musykil gak.. kalau macam aku ni adalah gak join cthnya macam Avon ngan Nutrimetics ...tu pun untuk kegunaan sendiri je... tapi tup2 aku dapat tau angah join 4life dan dia kata produk ni bagus... aku sebab duk jauh di perantauan kan so tak tau butir sangat lah pasal ni.. Cuma bila dia kata bagus tu..aku percayalah, sebab dia dah cuba...

So, kiranya lepas tu dia bagi mak, abah dan nenek makan produk ni... tup2, tadi dapat tau.. kiranya dan lebih kurang sebulan lah parents aku makan produk 4life ni... Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha makan produk ni.. abah macam biasa, pegilah buat regular check up ngan family doctor.. Dr Kamal bgtau tekanan darah abah kembali normal... tak macam sebelum2 ni... takde nya nak turun... pastu doktor kata buat masa ni abah dah tak perlu makan ubat2 klinik dah... alhamdulillah.. harap2 tekanan darah tu normal terus lah...

Bukan lah nak kata apa... sebab aku pun tak cuba lagi makan produk ni... tapi sebab kesan tu berlaku kat abah sendiri...so, aku pun rasa apa salahnya mencuba kan.. kalau tak nak jadi ahli pun, cuba dulu makan sebulan dua... tengok kesannya... mana tau serasi bersama...

Kalau tanya banyak2 pasal TF ni aku pun tak expert... tapi ni lah antara yang aku jumpa dalam laman web 4life Malaysia mengenai fungsi/kebaikan TF untuk rujukan kengkawan sekalian...

a) Meningkatkan aktiviti sel "Natural Killer" ketahap 200% - 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makanan2 kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meranda, mencari dan memusnahkan bentuk2 infeksi dan sel2 berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel2 kanser dan sel2 yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.

b) Meningkat IQ sistem imun (kebijaksaan) - TF memiliki gambaran rupa beribu2 jenis kuman2 perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel2 imun, supaya dapat mengenali musuh2 dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel2 imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman2 perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak didalam tubuh badan.

c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang diluar kawalan akan menyerangkan sel2 baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan "penyakit autoimmune". Bahagian penenang TF akan menenangkan sel2 imun apabila musuh2 telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel2 irnun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit2 autoimmune seperti lupus, arthritis, allergy, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi.

Oklah tu dulu celoteh kali ini.... Kalau ada siapa2 berminat nak dapatkan penjelasan pasal 4life dengan lebih lanjut, bolehlah cuba email adik aku, Ahmad Rifaai di adiraidi@gmail.com .. insya allah, dia akan bagi penerangan sebaik2nya... kemudian, nak cuba atau tidak terpulanglah pada diri masing2.... :)

April 22, 2010

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah...

kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya...

kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna SimplySiti kesannya sama or lebih baik plak.... tak cuba tak tau ya... ok berbalik pada kisah kosmetik.. aku teringin nak cuba compact powder, lipstick dan lipgloss... lain2 tu tak kisah sangat...sebab jarang guna... tapi bilakah jadi kenyataan tu tak tau le lagi....

oklah..jom jamu mata dengan photo2 produk SimplySiti... all photos kredit to simplysiti.com.my ...

antara rangkaian kosmetik SimplySiti...

loose powder...

compact powder...

two way cake...

blusher..

last sekali ni jumpa kat website watson... tepeks le sekali kat sini... ni antara rangkaian skin care SimplySiti, C Bright dan New Age... pada sape2 yang dah cuba, kot2 bolehlah letak pendapat korang tentang produk ni kat ruang komen... bukan apa, sekadar untuk di kongsi bersama... :)

April 15, 2010

Medina Azahara @ Cordoba :: Andalusia

destinasi terakhir buat hari kedua di Spain... Medina Azahara.... menurut info cik wiki... Medina Azahara ni kiranya dulu bandar Islam di Cordoba, di bina oleh Khalifah Abd Rahman III...kalau tgk daripada brosur yg di beri memang ada bekas tapak masjid, pusat pemerintahan, kediaman, laluan untuk majlis2 keraian, taman dan macam2 lagi...


rupanya visitor tak boleh bawak kenderaan naik atas (ke kawasan Medina Azahara) tu... di bahagian bawah, di sediakan kawasan parking dan ada bas yg akan bawa kita ke atas... tiket bas 2.10 Euro (return)...tiket bas kena beli atas bas... untuk masuk ke Medina Azahara ni kena beli tiket di bangunan bersebelahan kawasan parking ni... harganya 1.50 Euro perperson.... kat dalam bangunan tu ada bilik2 exhibition mengenai sejarah Medina Azahara ni... masuklah sekejap sebelum naik bas melawat ke tapak asal Medina Azahara...

brosur Medina Azahara

pandangan dari atas... amik betul2 selepas entrance...

pandangan atas...luas juga kawasan ni... kena jalan kaki... stroller budak2 pun tak dibenarkan bawa....

antara tinggalan sejarah...



kalau tgk...architecturenya lebih kurang macam di La Mezquita...



taman....


Hall of Abd Rahman III, tempat ni di tutup...so, boleh tgk daripada luar je...


tapak masjid....



laluan rasmi jika ada keraian... laluan ni panjang dan berliku2 sebenarnya...ni just amik dari satu sudut je...


alhamdulillah...selesai sudah jelajah Cordoba... ni dah turun semula kat kawasan parking.. tadi masa sampai tak sempat snap gambar ni... so, lepas turun baru dapat amik gambar ni... pada sape2 yg rasa nak pergi Spain tu, bolehlah ke Cordoba... melawat ketiga2 tempat ni.... kena start pagi2 lah...baru sempat cover ketiga2 tempat ni... La Mezquita, Alcazar de Los Reyes dan Medina Azahara....

April 11, 2010

Alcazar de Los Reyes Cristianos @ Cordoba :: Andalusia

Destinasi kedua ialah Alcazar de Los Reyes Cristianos... dekat je dengan La Mezquita.... boleh jalan kaki je... kalau ikutkan cik Wiki... sejarah tempat ni lebih kurang sama dengan La Mezquita... struktur binaan merupakan kombinasi struktur islamik dan kristian... masa zaman pemerintahan Umayyah bangunan ni di resturcture & rebuilt semula... tapi lepas tu, di capture semula oleh oleh kristian pada tahun 1236... untuk keterangan lanjut bolehlah rujuk cik wiki..

taman depan Alcazar de Los Reyes

dah dekat dah....

ramai juga yg datang melawat...

pintu masuk... tiket 4 euro / person

dari pandangan depan...


antara tinggalan bangunan ni... menurut cik wiki, bangunan ni pernah menjadi tempat tinggal utama Isabella of Castile and Ferdinand II of Aragon...

taman di dalam Alcazar ni... cantik sangat2...







oppss...tumpang posing skit...


pandangan dari atas menara...

so, selesailah lawatan di destinasi kedua... lepas ni nak ke destinasi ketiga... harap2 sempat... maklumlah dah petang... alamat penuh pun tak tau... cuma nak suh cik tomtom cari Medinat Az Zahra je...