Skip to main content

Medina Azahara @ Cordoba :: Andalusia

destinasi terakhir buat hari kedua di Spain... Medina Azahara.... menurut info cik wiki... Medina Azahara ni kiranya dulu bandar Islam di Cordoba, di bina oleh Khalifah Abd Rahman III...kalau tgk daripada brosur yg di beri memang ada bekas tapak masjid, pusat pemerintahan, kediaman, laluan untuk majlis2 keraian, taman dan macam2 lagi...


rupanya visitor tak boleh bawak kenderaan naik atas (ke kawasan Medina Azahara) tu... di bahagian bawah, di sediakan kawasan parking dan ada bas yg akan bawa kita ke atas... tiket bas 2.10 Euro (return)...tiket bas kena beli atas bas... untuk masuk ke Medina Azahara ni kena beli tiket di bangunan bersebelahan kawasan parking ni... harganya 1.50 Euro perperson.... kat dalam bangunan tu ada bilik2 exhibition mengenai sejarah Medina Azahara ni... masuklah sekejap sebelum naik bas melawat ke tapak asal Medina Azahara...

brosur Medina Azahara

pandangan dari atas... amik betul2 selepas entrance...

pandangan atas...luas juga kawasan ni... kena jalan kaki... stroller budak2 pun tak dibenarkan bawa....

antara tinggalan sejarah...



kalau tgk...architecturenya lebih kurang macam di La Mezquita...



taman....


Hall of Abd Rahman III, tempat ni di tutup...so, boleh tgk daripada luar je...


tapak masjid....



laluan rasmi jika ada keraian... laluan ni panjang dan berliku2 sebenarnya...ni just amik dari satu sudut je...


alhamdulillah...selesai sudah jelajah Cordoba... ni dah turun semula kat kawasan parking.. tadi masa sampai tak sempat snap gambar ni... so, lepas turun baru dapat amik gambar ni... pada sape2 yg rasa nak pergi Spain tu, bolehlah ke Cordoba... melawat ketiga2 tempat ni.... kena start pagi2 lah...baru sempat cover ketiga2 tempat ni... La Mezquita, Alcazar de Los Reyes dan Medina Azahara....

Comments

  1. cantiknya suasana...;)

    ReplyDelete
  2. cantik sangat2... terpegun ada, syahdu ada...

    ReplyDelete
  3. salam puan..sy dah tukar link blog sy..heee..:)

    ReplyDelete
  4. feresa..okeh, nanti saya update...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu ...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...