August 29, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri buat semua... memang last minute.com betullah raya tahun ni... plan punya plan akhirnya semuanya tak jadi... plan sehari sebelum raya juga yg menjadi itupun tak di duga ayahanda bersuara cadangkan plan ad hoc ni...:)

asalnya bincang2 nak balik kg nenek kat Ganu Kiter... tapi tup2 tak jadi... so tukar plan, kiranya raya kat JB dulu le... lepas tu dalam raya kedua atau ketiga baru bertolak ke T'ganu... kalau ikutkan tahun n i raya pertama kat umah parents hanya ada aku & hubby, kemudian adik bongsu & hubby... yg lain2 raya umah mertua dulu.. sorang lagi adik kat KL tak balik sebab isteri masih dalam pantang... cumanya nanti nak balik Ganu sebab nak bawak nenek balik jenguk umah.. maklumlah nenek memang sejak uzur ni duduk ngan parents aku.. so bagilah dia lepas rindu dengan umah dia dan jumpa sedara mara kat kg...

jadi konon2nya plan raya JB dulu lepas tu baru le balik Ganu... entah macam mana, sehari sebelum raya (Sabtu) aku call le adik yg kat KL tu...borak punya borak... dia tanya bila kami nak raya umah dia kat KL... aku cakap le hujung bulan ni.. masa merdeka.. dia pun buat ayat sedih..." lamanya kak baru nak datang KL"... aku cakap le ngan parents aku yg Uda kata lama sangat dah raya baru nak g umah dia... tup tup ayahanda bersuara.. " hmmmm..kalau macam tu Raya Pertama kat JB... petang lepas Zuhur kita terus g KL.. tido sana semalaman... pastu pagi2 esok kita balik Ganu dari KL... " .... haaaa...kan dah tukar 180 degree plan tu... kami pun apa lagi setuju terus.... itulah citernya raya tahun ini... dari nak travel JB-GANU... terus jadi JB-KL-GANU..... makin meriahlah rayanya... cuma tak sempat buat lemang je macam tahun lepas.. kalau tak lagi best...