September 24, 2009

Kiriman sudah sampai..

Raya Kedua...akhirnya kiriman yg dinanti sampai jua... Royal Mail cuti raya gaks kot... sebab tu lambat sampai..... so, persalinan raya kena lah forward ke majlis open house pula nanti... sekali sekala melaram apa salahnya... selaku tuan rumah bersama nanti..

thanks to my family.... kiriman kali ni dengan konsep macam2 ada... yg pasti fav. cik abe mesti ada...



September 22, 2009

Raya 2009 @ Stockland Green School

Alhamdulillah...meriah sungguh sambutan Raya 09 kali ni... Solat raya dan Majlis Jamuan Raya di adakan di venue yg sama di Stockland Green School..

Sabtu malam Ahad sebelum raya kaum lelaki bergotong royong membakar sate yg dah dicucuk petang Sabtu tu... lambat juga le siap proses bakar membakar sambil bersembang tu, cik abe balik pun dah dekat jam 1 pagi..

Raya kali ni tugasanku ialah memasak Rendang Ayam... sib baik dah biasa masak rendang ni, resepi bonda ku... Cuma yg kelakarnya ingatkan nak keringkan betul2 rendang ni di pagi raya.. tapi nan ado... tak sempat nak kering sangat... takpelah... mabeles skit buat makan ngan lemang nanti...ada kuah2 skit... pelbagai juadah terhidang..macam kat Msia pula rasanya..kuih2 raya pun pelbagai...rajin sungguh ibu2 ni sumer buat kuih raya...

Anak2 pula bergaya dengan baju raya..kiriman tok wan2 dari Malaya...oppsss bukan anak2 je rasanya, mak dan ayah pun sama kot..:) yg penting brooch berjuntai2 dan tudung berawning menjadi trend dan pilihan raya tahun ni...hehehehe.... Apa2pun, biarlah gambar yg menceritakan segalanya...


Sekitar Sambutan Aidilfitri 09





September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah.. akhirnya sudah hampir sebulan kita berpuasa...jika dipanjangkan umur sehari atau dua hari lagi semua umat islam bakal menyambut Aidilfitri...

Di kesempatan ni, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua...keluarga, saudara mara, sahabat handai tak kira di mana berada.. Semoga dapat menyambut hari raya dengan keberkatan dan kemeriahan bersama keluarga tersayang...

Buat yg berada di Birmingham, insya allah kita jumpa di majlis rewang, bakar membakar sate, solat hari raya dan Majlis Sambutan Raya 2009 nanti...

September 18, 2009

Pintu Rindu - Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

vc kredit to ady7282

PINTU RINDU

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhmu erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x
Hidup matiku hanya untukmu..

ira: rasanya dulu2 pernah dengar lagu ni arabic version.. cuma tak sure samada ni lirik baru or translation from arabic version.. apa2pun, sedapnya CT bawa bait2 indah lagu ni....

September 15, 2009

Suasana Hari Raya

bukan takde citer nak citer and update blog.. tapi proses upload gambar pun dah satu hal.. so satu cara lagi nak kasi up skit blog ni.. kita letaklah lagu raya lagi.. ni satu lagi lagu raya kegemaran selain Sesuci Lebaran.. comei je anuar n elina masa ni...


video credit to kamalias

Suasana Hari Raya

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

September 7, 2009

Ayam Percik CZa Style

Cza... aku dah berjaya buat ayam percik.. thanks for d recipe... mabeles gitu resepinya.. mudah di ikut cara2nya... alhamdulillah, dapat jamu kengkawan buat juadah berbuka puasa lagi... meh aku tepeks gambar ayam percik ku itu ya...bahan bukti katanya...huhuhu...

baru separuh masak...


dah siap... di curahkan kuahnya sekali....

September 3, 2009

Mari Memasak - Citarasa bersama Siti Nurhaliza

jom memasak.. kot2 le sape2 yg kureng rajin nak memasak, so, bila tgk Siti yg masak terus jadi rajin nak ikut resepi Siti ke kan...huhuhuhu... tapi jgnlah menharap resepi2 yg meletops2... resepi2nya simple je macam masak harian biasa2... cuma seronok je tgk sebab DCT yg jadi chef...hahahaha... tapi kalau ada yg tetiba jadi terus tak de mood nak masak tu, tak dapat le den nak menolong... maklumlah tak semua minat DCT kan...

apa2 pun aku suka je tgk dia dalam rancangan memasak ni walaupun terlalu scripted le dia nye percakapan... macam tak natural plak...maybe tak biasa lagi... lain le dah biasa macam Chef Wan kot... seronok je dengar dia bercakap sambil masak... yg penting baju lawa2... pastu senyum je... ye lah.. bak kata DCT depan camera kenalah senyum.. kalau tak biasanya masa masak fokus dan takdelah nak senyum memanjang....:)

enjoy the first epi... pastu korang klik2 n cari le kat YT ya... thanks to calmille for this vids...

ira: what to do.. aku memang suka DCT...walaupun.....hehehehe...

September 1, 2009

Sesuci Lebaran

puasa baru berbelas ari.. tapi dah nak letak lagu raya... tak kira lah kan... ni kiranya antara lagu raya kesukaanku... dah boleh masuk tahap lagu evergreen dah kot lagu raya ni...


Sesuci Lebaran

credit to 3daratiga