Alhamdulillah...meriah sungguh sambutan Raya 09 kali ni... Solat raya dan Majlis Jamuan Raya di adakan di venue yg sama di Stockland Green School..
Sabtu malam Ahad sebelum raya kaum lelaki bergotong royong membakar sate yg dah dicucuk petang Sabtu tu... lambat juga le siap proses bakar membakar sambil bersembang tu, cik abe balik pun dah dekat jam 1 pagi..
Raya kali ni tugasanku ialah memasak Rendang Ayam... sib baik dah biasa masak rendang ni, resepi bonda ku... Cuma yg kelakarnya ingatkan nak keringkan betul2 rendang ni di pagi raya.. tapi nan ado... tak sempat nak kering sangat... takpelah... mabeles skit buat makan ngan lemang nanti...ada kuah2 skit... pelbagai juadah terhidang..macam kat Msia pula rasanya..kuih2 raya pun pelbagai...rajin sungguh ibu2 ni sumer buat kuih raya...
Anak2 pula bergaya dengan baju raya..kiriman tok wan2 dari Malaya...oppsss bukan anak2 je rasanya, mak dan ayah pun sama kot..:) yg penting brooch berjuntai2 dan tudung berawning menjadi trend dan pilihan raya tahun ni...hehehehe.... Apa2pun, biarlah gambar yg menceritakan segalanya...
Sekitar Sambutan Aidilfitri 09
Comments
Post a Comment