Skip to main content

Krabi Trip 4D 3N :: Day 3 (Island Hopping - Tup Island, Chicken Island, Poda Island, Phranang Cave)


Pagi hari ketiga ni kami dah bersedia seawal jam 7.30 pagi.. sampai je van, kami terus di bawa ke kedai makan… yang bestnya Bang Ya dan Bang Deen ni tiap2 hari bawak kami makan di kedai2 berbeza… dapat lah merasa lain2 tempat… kali ni aku makan nasi terus sebab nak main air kan… nanti lapar pulak nak menunggu tengahari… macam2 lauk ada…. Pilih je mana yang berkenan…




semuanya sedap2...

Siap je makan kami terus di bawa ke area menunggu bot… sambil2 tu sempat jugak le aku beli topi… maklumlah panas nanti…ada yang pitam kang… dia org cakap nanti hala balik ada org yg akan amik kami… kami pun ok saje… lepas dah siap2 semuanya kami di bawa ke area tepi pantai untuk menaiki long tail boat… boat ni bukan speed boat, so sederhana laju sahaja..tapi pada aku ok je… yg penting dapat bawa kami ke pulau2 tu…

kawasan menaiki bot2 ke pulau..

Pulau pertama kami adalah Tup Island… suspen sangat sebab masa kami dekat2 nak sampai tu drebar bot tanya duit bayaran bot… kami cakap le dah bayar sekali dengan pakej… dia tak percaya… dia matikan enjin bot dan duduk senyap je kat situ… nasib baik le member aku ada roaming.. so guna hp dia call Bang Ya… dan Bang Ya cakap dengan org tu… lepas dia cakap dengan Bang Ya je dia terus call ntah sape ntah cakap bahasa Siam… rupa2nya duit tu di beri kepada drebar bot yang satu lagi… so, dalam 10 min jugak le kami terumbang ambing di lautan sementara menanti bot yg pegang duit tu sampai… lepas dah sampai dan duit diserahkan baru le kami di bawa ke tepi pulau… syahdu betul..buatnya dia bawak balik semua le Aonang Beach kan…nasib baik settle semuanya.. miscommunication sesama dia… bukan salah kita pun sebenarnya…


sekitar Tup Island..

Sampai di Tup Island masa di beri lebih kurang sejam… ramai juga orangnya… tapi berendam tetap berendam…Cuma tak best sangat sebab ramai org… lepas settle di Tup Island, kami di bawa untuk snorkeling di Chicken Island… kenapa Chicken Island sebab dari jauh pulau tu memang macam bentuk ayam.. kat sini best…  bot berhenti ke tengah sedikit dan kami turun dari bot terus untuk snorkeling… agak dalam juga tapi disebabkan pakai life jacket, so redah je lah kan… dan aku memang dah bersedia dengan beach shoe…serik kena gurisan2 batu karang… pakai beach shoe menyebabkan aku bebas menjejakkan kaki ke dasar laut dan kalau terkena batu karang pun kaki tak sakit… yahoooooo… so yorobun, di nasihatkan kuarkan lah modal skit utk beli beach shoe ni kalau korang memang suka main air kat pulau2… berbaloi2…

Chicken Island.. nampak tak macam kepala ayam tu.. 

memang best snorkeling kat sini...




ikan2 yang jinak di Chicken Island..

Kat Chicken Island ni kami memang main air puas2… sebabnya sangat cantik..dengan ikan2 yg banyak…air yg jernih dan bersih… memang puas hari le snorkeling kat sini… rasanya sejam lebih juga kami kat sini… lepas tu kami di bawa pula ke Poda Island… kat sini kami di beri makan tengahari…nasi dan 2 jenis lauk dengan air mineral… ni dah termasuk pakej bayaran Island Hopping… so, makan le puas2.. sangat banyak nasi dan lauknya..boleh tambah 2 kali… Cuma yg sedihnya Poda Island ni agak kotor sedikit…penuh dengan bekas2 polisterine makanan..mungkin tidak di bawa balik ke tanah besar selepas selesai makan… selesai makan kami berjalan ke the other side of the island…gara2 nak bergambar dengan mercu tanda Poda Island… ada satu batu yg mana kalau sape2 gi Poda Island kenalah bergambar background batu tu.. perghhhh masa ni matahari dah betul2 terpacak atas kepala… panas ya amat…tapi di gigihkan juga demi mendapat gambar yang cantik… selesai sesi bergambar di Poda Island, kami di bawa ke destinasi terakhir iaitu di sekitar Phranang Cave… tapi masa yang di beri sekadar 45 min sahaja… so hajat nak berkayak keliling batu cantik tu tak tercapai lah… just main2 air skit, amik2 gambar dan lepak2 je… lepas tu kami terus ke bot…

Poda Island sebelah belakang... kami makan kat sini sebab tak ramai org...

Poda Island sebelah depan... ni le batu mercu tanda Poda Island...


Sekitar Phranang Cave... kalau banyak masa boleh sewa kayak pusing keliling batu ni...

belakang tu gua nya...sape rajin pi lah menapak ke sana... kami masa ni dah takde energy dah...hahaha... 

Sesampainya di bot, kami di bawa ke Aonang Beach semula… di sinilah berlakunya peristiwa kartun lagi.. sampai je bot, kami terus turun menonong je.. kami nampak drebar bot buat sign language macam suh tunggu..tapi tak faham kenapa… so kami jalan je lah sampai ke tempat mula2 di turunkan tadi.. tunggu punya tunggu dah confuse kenapa dia org ni takde lagi nak amik kami… lepas tu aku ngan sorang lagi gang berjalan le hala ke area bot tadi… nasib baik drebar boat tadi nampak kami… rupanya dia tengah cari kami… tadi memang dia suh tunggu kat area bot tu sementara dia pi parking bot betul2.. dia nak bgtau kat mana kenderaan yang akan amik kami… aduhai, manalah kami tau dik oiiii… dah jadi ayam dan itik dah kita ni… lepas dah di tunjukkan kenderaan nya kami pun naik je dan di turunkan ke hotel… masa utk berehat sebentar sebelum keluar lagi…

iklan free utk kedai makan ni...kalau saya datang lagi sila belanja ye...hahahaha..

antara menu yg di cuba...sedap...

Lewat petang kami di bawa untuk makan malam di sebuah kedai makan yang agak baru beroperasi..tapi makanan dan interior nya memuaskan hati….harga pun berpatutan… masing2 lapar kan, so makan dengan bersungguh2 lah… lepas makan kami berpecah.. aku dan 2 lagi gang pergi jalan2 kat sekitar Aonang je.. yang lain2 sambung shopping kat Krabi Night Market..katanya ada barang yang masih nak di beli… kami bertiga amik peluang ni utk massage… aku massage kaki je… kebetulan kaki aku memang selalu je sakit… bersungguh2 adik tu urut.. tapi part yg sakit tu memang rasa lah ketegangannya… Cuma lepas selesai massage tu rasa lega sangat2… haaa… satu lagi sepanjang berjalan di deretan kedai di Aonang Beach tu ternampak le beberapa orang pakai costume meriah2 lagi… dengan make up bagai…cantik pulak tu… terkesima sekejap…hehehe..tapi rasanya drag queen tu… macam bukan yang sejati je..heheheh… ok, sambung citer lepas massage… lepas selesai massage kami pun berjalan hala ke hotel semula… sambil tengok2 kemeriahan kedai2 souvenir dan baju kat situ… tapi takde beli apa lah sebab dah beli kat night market… lepas sampai kat hotel kami naik bilik… gang2 night market tak sampai lg….sakan juga dia org ni…hahahaha…

nampak tak bag dah siap kemas...

sampai bilik… aku kemas2 bag, sebab esok pagi dah nak check out dan gerak balik ke Malaysia…cuma sebelum tu kami akan singgah ke Kem Gajah dulu…dah datang Krabi kenalah try naik gajah kan… so, lepas siap kemas dan solat…aku pun zzzzzzzz…….conserve energy for tomorrow plak… what a long journey yang akan kami tempuhi esok…dari Krabi-BKH-Johor…



Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu ...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...