Skip to main content

Gunung Arong Escapism 2016

ini bukan saya..tp gang hiking kami.. 
gambar sendiri takde yg posing belakang... cantik kan viewnya...
nampak laut sebab memang turun ikut jalan satu lagi jumpa pantai...


Sebelum puasa 2016 aku dan gang2 hiking berpakat nak ke Gunung Arong, Mersing… lama dah menyebut nak ke sini tapi tak terpergi.. akhirnya dengan usaha sorang student kami yang menyettlekan segala urusan berkaitan dengan pihak di sana maka dapatlah kami ke sana…  kami kesana seramai 16 orang dengan 5 kereta.. dan dah berpakat utk berkhemah sahaja sambil ber bbq di malam harinya.. tempat pilihan utk bercamping adalah di Teluk Gorek Camp Site..tidak jauh dari Gunung Arong tersebut dan bersama kami adalah salah seorang pelajar yang pernah mendaki Gunung Arong… dialah guide kami pada hari kejadian… orangnya kami kenal pun semasa mendaki Gunung Bukit Kutu bbrp bulan yang lalu… so kiranya selesai lah semua urusan…checklist pun complete..semua yg patut ada pun dah ada.. maka bertolak lah kami di pagi Jumaat dengan target mesti sampai sana utk solat Jumaat di Mersing… perjalanan lancar dan tiada lah jam atau mengikut lori kelapa sawit dengan perlahannya... kami sempat sampai untuk solat jumaat di masjid berdekatan dengan kawasan perkhemahan... yang perempuan2 semuanya ke kawasan camping dulu...dan yang lelaki pergi bersolat... 


sebelum hujan..


selepas hujan...memang haru biru di buatnya.. 
tapi nasib baik semuanya kemahiran hidup tinggi.. hahaha.. 
ujan berhenti je pasang semula khemah..


lepas dia org selesai solat barulah kami mulakan aktviti memasang khemah... alhamdulillah masa kami sampai cuaca sangat cerah dan memberangsangkan.. khemah pun telah siap di pasang dan bag2 pun dah di bawa masuk ke dalam khemah... nak di jadikan cerita tiba2 awan bertukar menjadi kelabu dan semakin gelap... dan tiba2 hujan turun dengan lebatnya... bukan setakat lebat tetapi dengan angin yang kuat hingga hampir menerbangkan khemah.. apa lagi kelam kabut le semua org cuba mempertahankan khemah tapi tertewas jua... maka terpaksalah khemah2 yang hampir roboh dan ada yg telah senget benget itu di buka semula dan setelah hujan reda dan tiada angin kencang membawa pasir ke mata2 kami baru lah kami memasang semula khemah tersebut... nasib baiklah hujan nya sekejap aje... hujan yg sangat2 lebat dan sempat mengkuyupkan kami semua tetapi sekejap... maka bertungkus lumuslah kami memasang semula khemah dan kemudian bersedia utk membakar ayam dan kambing...disebabkan kami mcm wonderpets yg saling bekerja sama maka sekejap sahaja lah kami memasang semula khemah tu dan terus menumpukan perhatian kepada acara masak memasak... mana yg tak de apa nak buat sangat tu pegi membersihkan diri dan amik lah shift mengemas nanti ya...



sedap kan... mantap chef2 kami yg tolong perap lamb dan ayam ni... 
sos pun mantap... 

selesai kisah makan2 maka tibalah masa berehat... aku memang awal2 dah refresh diri pastu masuk khemah nak tido... walaupun tido2 ayam sambil mendengar alunan karok dari group2 lain tapi dapatle melelapkan mata juga... lebih kurang jam 4 pagi kami bangun dan refresh diri... bersiap2 untuk ekspidisi menawan Arong... nak tgk sunrise le katanya... kami bergerak menuju ke masjid berdekatan dengan kaki gunung arong... lepas solat subuh kami memulakan pendakian..

di subuh2 hening...nak mula mendaki... 
memang saje letak gambar ni biar tak nampak muka... 

pit stop puncak pertama...masa ni rasanya dalam jam 7.15 pagi..
gambar kelabu kelala... dan tak nampak matahari.. 
kabus menyelubunginya...

nak cerita pasal suasana semasa mendaki memang tak dapat nak cerita.. kami naik rasanya jam 6 pg... memang gelap dan hanya berpandu kan cahaya headlamp sahaja... aku memang pandang depan je lah ikut cahaya lampu... jalan pada aku tidak terlalu mencanak... sebab aku masih boleh berjalan dengan agak laju..memandangkan sejarah aku ni kalau mendaki memang slow motion...huhuhu... kalau tak silap aku sampai lebih kurang jam 7 lbh pagi di pit stop pertama puncak... keadaan agak mandom... di selubungi oleh kabus.. macam aku ni memang confirm le terlepas nak tgk sunrise kan..tp kata gang yg sampai awal memang tak nampak pun... mungkin sebab cuaca agak mandom... kami berehat sambil makan roti di pit stop pertama... nak terus ke pit stop kedua ada satu group lagi tgh lepas kat situ...so kami stay dulu di pit stop pertama...

pit stop kedua..macam2 aksi dan pose utk wefie dan selfie ada...

pit stop ketiga... memang nampak laut dari atas puncak

lepas group di pit stop kedua beredar kami pula mengambil alih...masa ni dah agak cerah...dan kami ambil kesempatan bergambar, berwefie dan berselfie... tak hengat dunia dia org ni kalau bergambar... hahahaha... lepas tu kami ke pit stop ke tiga pulak... kat sini memang mabeles... kena panjak batu skit je...untuk mendapatkan kepuasan maksima di atas puncak Arong...dan hasilnya adalah seperti gambar di atas... kita akan dapat lihat laut yg luar terbentang di bawah sana... kiranya kami ni turun di jalan lain... tadi naik dari jalan darat... dan bila turun nanti kami akan jumpa pantai..dan kemudian berjalan kaki ke kawasan camping kami... ok..and finally kami berposing di last stop di puncak Arong sebelum memulakan perjalanan turun ke bawah...

last pit stop di puncak Arong..

lepas berposing di last pit stop puncak Arong tadi kami memulakan perjalanan turun... keadaan trek sederhana...dan kami turun secara santai sahaja... sampai2 di bawah kami di sambut oleh deru laut pasir pantai... cuma cuacanya agak mendung.. tapi tidaklah kami nak bermandi manda pula sebab dah ternampak2 khemah kami nun di seberang sana...dan mengenangkan nak menapak ke tapak perkhemahan tu agak jauh... 

jgn mare aaa... kami sempat buat photoshoot majalah... 

redah lagi... ni baru half way nak ke tapak khemah..jauhnya lagi nak sampai..

perjalanan dari kaki gunung nak ke khemah boleh tahan juga... kena redah kawasan berbatu2 dan kena redah air laut juga sebab air pasang... lepas tu jalan lagi dan lagi... setelah hampir 45 min kami sampai juga akhirnya ke kawasan khemah... ada masa lagi so bbrp org pi terjun laut dulu...berendam puas2 lepas tu naik je ke pantai kami dah tak boleh rehat2 ya... kena kemas2 khemas dulu dan settlekan alatan memasak...sebab tapak khemah pun ada check outnya... ada org lain nak guna pulak lepas kami... so, bermulalah adegan kemas mengemas... lepas settle kemas mengemas kami siapkan diri..refresh dan mandi dan bersiap2 utk bertolak balik... lebih kurang jam 12 lebih kami semua pun bertolak pulang dengan 1001 kenangan with 2 days 1 night Arong Escapism... overall puas hati, best, mabeles, grateful, dan dapat abiskan masa terutama dengan students yg mostly nak g LI lepas ni dan confirm susah nak jumpa kan bila dah kerja... dan yg kelakarnya rasa tak sabar nak hiking lagi... :) 

Comments

  1. Anonymous8:19 PM

    salam. nak tanya. berapa kos kerugian utk campsite? cmne nk book? ada contact no x? pastu naik arong kne permit x?
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik2nya guna permit... dan kami memang amik permit.. campsite ni namanya Teluk Gorek Campsite...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu ...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...