Skip to main content

Krabi Trip 4D 3N :: Day 4 - Last Day (Elephant Camp, Krabi Outlet Village, Hatyai Floating Market)

van sudah menanti.. 

Pagi terakhir di Krabi… setelah semua selesai check out kami pun bertolak mencari makan pagi… kali ni kami makan di restoran yg kami makan malam tadinya… rupanya pagi pun dia berniaga… aku amik yg simple je nasi ayam… lepas semua dah siap makan baru lah kami bertolak ke Kem Gajah Krabi…





sekitar Kem Gajah...

Masa sampai tu dah ramai juga pelancong2 lain di situ… aku memang nak naik gajah le kan.. tp ada juga kawan2 yg tak nak naik… so sape yg nak naik tu pegi lah beli tiket… sape yg tak nak naik dia org boleh je posing2 dgn gajah yg ada kat area tu… lepas beli tiket kami menunggu giliran di satu area menunggu… sambil2 tu tengok orang-orang yg naik sebelum kami… ada yg rileks..ada yg menjerit2..macam gelagat… tak lama kemudian giliran aku pun sampai.. seekor gajah ni boleh naik 2 dewasa… aku naik berdua le kan... kami di bawah pusing kawasan tu.. ada aksi masuk sungai le pulak… yg kelakarnya gajah depan aku ni pi qada’ hajat…. Tak pasal2 keruh air sungai tu… lepas masuk sungai kami di bawa kembali ke tempat menunggu tadi semula… lepas dah settle naik gajah tu kami posing plak dengan gajah lain yg kat bawah..sape nak bg makan pun boleh…rasanya kena beli makanan dari situ kot kalau nak bg gajah2 tu makan….

Krabi Outlet Village...

Selesai acara di Kem Gajah kami pun bertolak ke Krabi Outlet Village.. outlet nya kecik je..tidak lah sebesar JPO ya… café nak duduk2 lepak2 pun tak de… ngatkan dapat le minum kopi sementara tunggu org lain pusing2… tapi dalam pada tu, aku dapat juga menyambar 2 helai tshirt… hahaha..saje je, satu utk aku, satu utk en. suami… lepas semua dah abis pusing kami pun masuk le van semula…dan bertolak ke Hatyai… perjalanan mengambil masa bbrp jam…makanya ramai yg ambil peluang untuk tido…Bang Ya plak pi pasang lagu Siam… mendayu2 gitu..memang le tak larat nak dengar kan…jadi masing2 tido je lah… kami berenti makan di RNR Trang… ha ah le lupa nak bgtau masa perjalanan dari BKH ke Krabi pun kami singgah RNR Trang untuk lunch dan solat.. tak ngat nak mention… ok sambung citer.. kami singgah di sini utk makan tengahari dan solat… makanan simple je tapi sebab lapar semuanya sedap… lepas tu kami solat dan kemudian pekena ais krim plak… panas2 sangat jadi memang lah best dapat makan aiskrim… lepas tu barulah meneruskan perjalanan ke Hatyai..




Hatyai floating market.. 

Sampai di Haytai kami di bawa ke Haytai Floating Market.. market atas sampan.. org meniaga atas sampan… kita di jambatan yg menayambungkan dgn sampan tu… aku tak de beli apa2 makanan…cuma beli air je… lepas tu pusing2 kat area jual baju dan beli satu blouse…masa ni memang dah penat… takde mood sangat nak berjalan…fikir nak sampai BKH je…huhuhuhu… bila semua selesai cuci mata dengan tak sabarnya kami masuk ke van dan meneruskan perjalanan… Bang Ya dan Bang Deen beria ajak kami minum2 di Hatyai, tapi masalahnya masa tidak mengizinkan… sebab kami semua dari BKH nanti direct ke Johor… kalau kami tido satu malam di Kedah mungkin juga boleh lepak2 minum the tarik dengan dia org… jadinya kami terus je lah ke imigresen Thailand dan Malaysia… 

Selesai semuanya kami di hantar ke parking Zon Bebas Cukai BKH… masa ni jam dah menunjukkan hamper 8 malam… setelah ber bye2 dengan Bang Deen dan Bang Ya kami memulakan perjalanan yg panjang itu ke Johor.. nasib baiklah ada co driver… jadinya aku bawak dulu lepas tu singgah makan di RNR Juru dan kemudiannya pemanduan terus di ambil alih oleh co driver… makanya dapatlah aku tido dengan jayanya dari Juru ke BP… terima kasih banyak ya co driver ku… :)  alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 6.00 pagi… overall kami semua sangat enjoy trip ni dan kami merancang utk bersama2 ke destinasi seterusnya… tapi aku dah habaq aku tak mo jadi ketua perancang lagi.. aku request kita gilir2 jadi perancang utama… insya allah panjang umur tahun 2017 kami akan ke next destinasi with perancang utama seterusnya… semoga menjadi kenyataan…



Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...