Skip to main content

Krabi Trip 4D 3N :: Day 2 (Fossil Shell Beach, Seven Haven, Emerald Pool, Floating Restaurant, Krabi Night Market)


Seawal jam 8 pagi kami dah bersedia… Bang Ya dan Bang Deen sampai je kami terus ke van dan di bawa untuk sarapan… alhamdulillah sedap2 makanannya… tak de banyak beza pun dengan makanan kita… pagi ni ada selera pantai timur dan roti canai… kuih muih pun ada… aku makan nasi dagang…insya allah kenyang hingga ke tengahari… 

sedap kan...

lepas makan kami meneruskan perjalanan.. Bang Ya kata kami akan ke Fossil Shell Beach… katanya ada tinggalan fossil sejak beratus-ratus tahun yg lalu… mula2 macam tak nak masuk…tapi last2 kami masuk je.. bayaran pun tak mahal sangat…so layan je…

tiket.. harga dah lupa.. tapi tak mahal...




sedikit penerangan tentang tempat ni...

Cuaca menyebelahi kami… gambar pun cantik… tepi pantai tu pun cantik.. last2 bukan nya kami menikmati fossil tu sangat…tapi sibuk bergambar je lebihnya… Bang Ya plak rajin melayan kami..jadi tukang amik gambar kami… lepas dah puas bergambar kami ke luar dari situ… tapi sebelum tu sempat singgah dulu kat kedai2 sekitarnya… ter’beli’ lah juga satu dua souvenir… tapi harga berpatutan..terutama tshirt kanak2..so kalau korang ke sini, baik beli tshirt budak kat sini daripada kat bandar… tshirt dewasa tak kisah nak beli kat bandar…sebab harga lebih kurang je dengan yg kat Fossil Shell Beach ni…



gerai2 souvenir...

Lepas tu kami di bawa ke Seven Haven… ni pun sebenarnya petang – malam baru happening… baru bukak semua kedai2 nya… tapi kami kul 11 dah sampai.. so apa2 lagi, posing je lah… part2 posing ni serah je pada kami… memang takde masalah… luas sangat2 tempat ni… aku tak larat nak round semua… seadanya je… dgn cuaca yg bertambah panas..akhirnya aku mengalah dan berehat di bawah pohon2 rimbun sambil menanti org lain selesai bergambar… lepas tu kami pakat2 beli air….dahaga wehhhh…panas tu… 





banyak lagi tempat posing..tp tak letak sebab penuh dgn muka kami...
clear sangat pulak tu muka nya.. satu tu je yg gambar jauh...hahahahaa... 

keluar dari Seven Haven ni jam dah 12 lebih… so Bang Ya dan Bang Deen bawa kami ke kedai makan… oppsss sebelum tu dia org singah kat kedai jual aiskrim… so tgh panas2 ni memang best le makan aiskrim… takde makna nak share2 semua beli sorang satu sebab semua kepanasan…hahahha… lepas tu barulah kami di bawa ke restoran….yang perempuan2 makan dulu..manakala yang lelaki ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat… nanti lepas solat dia org plak datang makan, dan kami pulak di hantar ke masjid untuk solat…

aiskrim pengubat dahaga...

mabeles.... sedap sangat...

Cakap pasal makan memang heaven.. aku order tomyam le kan.. nak rasa authentic tomyam… perghhhh…memang mabeles… sehingga licin mangkuk itu dibuatnya… yg tinggal hanyalah perkakas2 seperti serai, halia dan sebagainya… sedang elok kami selesai makan…kaum lelaki pun sampai… so kami tukar shift le.. Bang Deen hantar kami ke masjid…lepastu dia tinggalkan kami di situ.. lepas makan diaorg datang semula… 

Lepas dah selesai makan, kaum lelaki tadi amik kami dan meneruskan perjalanan ke Emerald Pool… ni aku search kat Internet… Nampak cantik tempatnya… warna nya macam emerald… sampai di sana…kami kena berjalan ke dalam.. lebih kurang 800m… kita akan lalu kawasan gerai2 jualan makanan, baju dan souvenir…. Lepas tu baru jumpa kawasan pejalan kaki ke emerald pool…ruang pejalan kaki ni telah di upgrade menjadi cantik.. mengikut Bang Ya dulu cuma tanah sahaja.. tiada bersimen cantik… sekarang lebih selesa untuk pelancong2 berjalan ke tasik tersebut… sesampainya di sana, mak aiiii ramainya manusia… bukan pelancong asing ya… tapi pelancong tempatan… rupa2nya cuti sekolah… waaaaa….. aku terus takde rasa nak berendam…sebab sangat2 ramai orgnya… jadinya aku dan 2-3 org kawan hanya jadi photographer dan penjaga barang sahaja… yang lain2 masih bersemangat lagi nak main air… 




ni yg aku bgtau tadi.. ramai orgnya...

Kami set masa dalam sejam lebih je… sebab masa sampai pun dah kul 3… jadinya dalam kul 4.30 tu semua dah kena kuar dari air…hahahaha… lepas tu kami berjalan semula ke luar kawasan…  sape2 yang main air tadi semua nya salin baju dan mandi di toilet berdekatan kawasan parking… salin baju dan mandi je dah sejam lebih kan… sebab nak tunggu turn… lepas tu baru le gerak ke destinasi seterusnya…




menuju ke tempat makan...

antara menu kami... semuanya sedap2...

Destinasi seterusnya adalah tempat makan…. Yeayyyy… semua dah lapar… kami di bawa ke floating restaurant… di Bandar krabi… kami ke jeti dan naik bot untuk ke restaurant tu… masa sampai ni dah malam…sesampainya di sana, rupanya dia org dah orderkan makanan siap2.. jadinya tak lama lepas kami sampai makanan terus sampai… antara yg di order adalah tomyam, sup ikan, ikan masak apa ntah tak ingat, ada sayur dan bbrp lauk lagi… memang sedap… masa makan semuanya senyap khusyuk je…. Lepas makan baru le dengar suara masing2… ooo..yg ni tak masuk pakej ya… bayar lepas makan…

Krabi Night Market...gambar ni je ada... 
lebih kurang macam pasar malam kita jugak... 

standard souvenir yg aku beli...

Lepas makan ingatkan terus balik hotel..rupanya dia org bawak kami singgah ke Krabi Night Market… masing2 ambil peluang nak shopping souvenir… aku pun sama gak.. standard le, beli Tshirt I LOVE KRABI dan fridge magnet… lepas tu nampak pulak pulut manga, so belilah 1 buat makan ramai2… hmmmm sedap2… tak susah nak buat, tp aku memang tak rajin nak buat…hahaha… 

Lepas dah selesai aktiviti shopping barulah kami balik ke hotel… balik bilik buat apa yg patut…. Dan dah fikir nak tido je… sebab esok nak main air pulak…. kena recharge energy… so marilah kita zzzzzzz………….



Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu ...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...