ini bukan saya..tp gang hiking kami.. gambar sendiri takde yg posing belakang... cantik kan viewnya... nampak laut sebab memang turun ikut jalan satu lagi jumpa pantai... Sebelum puasa 2016 aku dan gang2 hiking berpakat nak ke Gunung Arong, Mersing… lama dah menyebut nak ke sini tapi tak terpergi.. akhirnya dengan usaha sorang student kami yang menyettlekan segala urusan berkaitan dengan pihak di sana maka dapatlah kami ke sana… kami kesana seramai 16 orang dengan 5 kereta.. dan dah berpakat utk berkhemah sahaja sambil ber bbq di malam harinya.. tempat pilihan utk bercamping adalah di Teluk Gorek Camp Site..tidak jauh dari Gunung Arong tersebut dan bersama kami adalah salah seorang pelajar yang pernah mendaki Gunung Arong… dialah guide kami pada hari kejadian… orangnya kami kenal pun semasa mendaki Gunung Bukit Kutu bbrp bulan yang lalu… so kiranya selesai lah semua urusan…checklist pun complete..semua yg patut ada pun dah ada.. maka bertolak lah kami di pagi ...