PREVIOUS POST: Seoul, South Korea :: Day 1 (Arrival)
Lepas dah berehat2 dan solat…
kami pun mulakan perjalanan pertama…masa dah menunjukkan jam 3 lebih….cuaca
memang best…nyaman je.. dalam 16 – 20 degree… macam dalam aircond… destinasi
pertama kami adalah The War Memorial of Korea… kenapa pegi sini? Hahahaha..
sebab ni antara yg dekat dengan Itaewon dan free admission…museum ni buka dari
jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang… Kami naik subway dari Itaewon Station dan
berhenti di Samgakji Itaewon (Line 6)… dari exit tak jauh dah… kalau korang nak
tau museum ni merupakan salah satu lokasi penggambaran drama ‘King 2 Hearts’
lakonan Ha Ji Won dan Lee Seung Gi..
Itaewon Station....
tiap2 ari dok jumpa benda alah ni......macam biasalah, touch T-Money card anda di sini ya...
Samgakji Station....
map yg di letak dekat area main entrance museum...
di luar museum
kawasan hadapan museum dan pintu masuk utama...
Dalam sejam jugalah kami merayau
di luar dan dalam museum… luas sangat2 kawasan museum ni… dan cantik…kat luar
penuh dengan kenderaan dan jet pejuang yg di gunakan semasa peperangan…. rasa
macam tgk Jetfire (Transformer) plak…
sekitar museum...yg kenderaan perang ni semua kat luar...tapi kapal zaman Joseon tu kat dalam museum...
Lepas tu kami ke Namdaemun Market…
dari Samgakji Station kami ke Heohyeon St (Line 4, Exit 5)… dari situ kami
merayau2 je sambil tengok2 apa yg ada… kami sampai sini rasanya dalam jam 5.00
ptg… pasar ni tutup jam 7.00 malam… meriah tu memang meriah… rambang mata tgk
souvenir… malas nak fikir panjang, terus je beli beberapa souvenir yg comel2
belaka… aku standard aaa mesti beli fridge magnet, lepas tu beli pen buat
souvenir utk students…. Sambil jalan2 tu nampak gerai t-shirt…so, malas nak
fikir panjang jugak kita org pun beli tshirt gak…. Harga dah lupa le…huhuhu..tp
murah je..tshirt biasa je yg putih dan kelabu… sambil2 tu sempat borak ngan
ahjumma tu yg aku datang dengan ‘dongsaeng’… skit2 je lah..mana2 phrase yg
biasa dengar tu aku keluarkan…bila lagi nak test skill… lepas tu bila nak minta
tukar aku sebut ‘change’ tapi ala2 lidah korea tau…bukan lidah mat salleh…kalau
korang peminta K-drama mesti korang perasan macam mana depa sebut ‘change’….hehehehe….
sekitar Namdaemun Market... memang meriah…
me and my dongsaeng...sibuk beli t-shirt murah....
budak kecik yg bertuah.......ngam2 setahun dah jejak kaki kat Seoul, Korea...
lepas dah beli apa yg patut...hari pun dah bertambah gelap...kami pun nak beransur pulang....bila nak balik, baru le terasa penat... masa shopping tak sedarkan diri...hahaha... masa kat subway adik2 aku beli Manjoo Hana...sedap gak..lagi2 tengah lapar...makan je lah....yum...yum...
Manjoo Hana yg sedap... 2000 won satu pack..…
sampai je rumah kami berehat2 jap...lepas tu masak... kena masak..tak kan nak makan luar je kan... kata jaga budget...abis segala Brahim kami bawak... sardine bagai semua ada... yg penting sedap aje bila makan beramai2....lepas dah mandi dan solat..kami keluar sekejap merayau2 di sekitar kedai2 berdekatan...mak aiii...meriahnya Itaewon di malam hari... masa ni lah segala pub, bar dan restaurant di penuhi org.... selepas jam 10 malam dah boleh nampak 'pojangmacha' yg dok jual soju tepi2 jalan... macam dalam citer korea tu...yg ada khemah warna biru....
kebab oh kebab...
jalan2 punya jalan nampak Sultan Kebab..so, kami belilah dan bawak balik ke Guesthouse... makan lagi lah pulok...begitulah kisah hari pertama kami...letih juga tu... tapi kena simpan tenaga sebab esok nak ke Lotte World pulak....selama ni dok tgk dalam variety show dan K-drama je...esok nak jejak kaki ke sana plak....yeayyyyy....
Comments
Post a Comment