Skip to main content

Seoul, South Korea :: Day 1 (Arrival)

PREVIOUS POST: Gwangju, South Korea :: Final Day


Sambung kisah ke korea ke kita… lama betul nak abiskan kisah ni.. 
Malamnya lepas dah siap kemas kami pun melenakan diri…esok pagi2 dah bersiap sedia nak bertolak ke Seoul… lagipun nanti rombongan cik kiah dari Malaysia akan sampai pagi esok... adik2 aku dan ipar2ku ada sekali esok... bertambahlah ahli rombongan kami... dari Gwangju kami menaiki train (KORAIL) utk ke Seoul.. ni pun Pedro yg tolong belikan secara online…kami bg cash je kat dia…baik betul Pedro ni… teksi kami ke train station pun dia tolong call kan… TQ Pedro shi….
online ticket... KORAIL...
Seawal jam 7.30 kami dah bertolak ke stesen keretapi di Gwangju…. Takut terlambat je… sampai sana tanya kaunter kat platform mana kami kena tunggu, then terus ke platform… train sampai lebih kurang jam 8.40 pagi… masa yg di ambil lebih kurang 2 jam lebih perjalanan daripada Gwangju ke Seoul…
 dalam train...
 
Alhamdulillah semuanya ok… kami sampai di Yongsan Station lebih kurang jam 11.30 pagi…sampai kat Yongsan Station, kami ambil teksi utk ke guesthouse kami di Itaewon… nama guesthouse ni Youngwoo Guesthouse…kami tempah di website Airbnb…..janjinya nak jumpa adik2 yg datang dari KL kat Itaewon dalam jam 11 pagi.. sebab kalau ikutkan depa dah sampai di airport dalam jam 8 paginya… tapi apakan daya 12 tghari baru aku sampai kat Itaewon… teski hantar kami sampai ke Hamilton Hotel, Itaewon… lepas tu kami berjalan ke KFC terdekat..sebab janjinya nak jumpa Youngwoo kat situ… lepas tu call adik2, rupanya depa dok lunch kat Restaurant Arab daaa kat area Itaewon…ini tidak adil..sebab aku lapar…
depa lunch kat sini...
 
Dalam pada tu, kami dok terpinga2 kat depan KFC tu…tetiba kami di tegur oleh ‘We Can Speak English’ guide..ada dua org, sorang lelaki, sorang lagi perempuan.. aku pun bgtau le yg kami tengah tunggu owner Guesthouse datang… guide ni pun offer nak call Youngwoo.. Alhamdulillah…baik betul service depa…. guide tu cakap Youngwoo on the way, dan dia akan datang ke KFC.. dalam 5 minit Youngwoo sampai dah terus tunjukkan jalan ke guesthouse kami….
Aku terus call adik2 suh depa siap2 tunggu depan kedai tu… rupanya kedai tu satu jalan je dengan nak ke guesthouse tu… yg tak tahannya, naik bukit daaaa…. Lepas tu naik tangga plak…. wawawawa…penatnya dengan luggage bagai…bertabah je lah…. tapi itulah Seoul..kalau tgk K-Drama pun korang mesti nampak actor n actress tu dok menapak jalan2 yg agak berbukit kan... so, rasakan lah...cuma yg bestnya, Guesthouse ni tak jauh dari subway... dan dekat dengan restoran2 halal... even Korean Restaurant yg halal pun ada... dan centre area gak lah utk ke mana2... cuma ia dekat juga dengan pub dan restaurant yg serve soju, beer etc...tempat release tension depa kot di malam hari....
tinggi kan...haaa, tiap2 ari kami kena turun naik tangga ni nak ke guesthouse...
ok sambung semula... lepas daripada tangga tu terus nampak guesthouse ni... rupanya Youngwoo n family tu duk kat tingkat atas... guest macam kami duk kat bawah... Alhamdulillah rumahnya cukup selesa... ada dua bilik, ada dapur untuk memasak, fridge, toilet pun selesa....pendek kata semua oklah... sampai umah, kami yg belum makan ni masak simple2 je dan makan... rehat2 jap dan solat sebelum meneruskan perjalanan kami merayau2 di sekitar Seoul...buat masa sekarang rombongan cik kiah kami terdiri daripada 7 dewasa dan 1 org toddler yg baru cukup setahun... kelassss ko si kecik, kecik2 dah ke korea ke kita.... 
 

Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S

Trans Yamtuan Antah 2.0 - Datuk, Rembau, Gagak

Kalau ikutkan ni plan last minute... member ajak lepas tu aku terus on je... trip kali kedua lah kiranya ni... kami berlima dari Johor dan seorang lagi memang dari N. 9... rancangnya nak naik awal... subuh di puncak Datuk... lepas tu redah terus Rembau dan Gagak... so gerak dari Johor lebih kurang 12 lebih tengah malam..bawak pun santai2 je.. sampai area parking kat luar tu dalam 2 lbh cam tu... takleh masuk dalam... dia org block jalan tak bg kereta masuk dalam... sebab awal lagi so kita org zzzzz sat... sempat lg ... ada masa... dalam kul 3.30 baru bangun siap2 dan terus ke kawasan dalam tu... kami siap2 dan dalam kul 4 start mendaki... sampai atas dalam kul 6... fuhhh rupanya penuh dgn khemah2... nak menyelit kat bawah tu pun mcm dah penuh... so kami naik lah atas skit.. tebar ground utk rest, masak2 air panas skit dan solat subuh... settle semua naik puncak jap utk amik2 gambar skit sebelum start ke next destination... settle kat atas nun, kami terus bergegas memulakan perjalanan k

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu