Skip to main content

Gunung Angsi Escapism 2016

Kali ni kita ke Gunung Angsi yg terletak di Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702 kaki.. perjalanan kali ni pun day trip juga.. lebih kurang 11 orang semuanya... perjalanan bermula seawal jam 4.30 pagi dan sampai di RNR Pagoh untuk sarapan dan solat subuh lebih kurang jam 5.30 pagi.. lepas dah settle semua kami teruskan perjalanan ke Hutan Lipur Ulu Bendul dan sampai di sana lebih kurang jam 8.30 pagi..

laluan nak ke Gunung Angsi ni ada dua, satu daripada Hutan Lipur Ulu Bendul dan satu lagi laluan Bukit Putus... dari Ulu Bendul nak ke puncak range masa adalah 3 hingga 4 jam.. tapi ada otai2 tahap dewa boleh sampai dalam masa 2 jam setengah... laluan dari Bukit Putus pula range masa adalah 2 jam.. tapi otai2 boleh sampai sejam lebih katanya... kami mengambil keputusan untuk naik melalui Ulu Bendul... kononnya nak cabaran.. hahahaha... memang tercabar sangat... oohhh satu lagi, kena bayar permit sebanyak RM 5 seorang di Pejabat Ulu Bendul.. 

lepas dah dengar penerangan daripada pegawai di pejabat tu kami pun memulakan perjalanan.. . untuk pengetahuan semua aku menamatkan pendakian ni dalam tempoh 3 jam di mana sejam pertama adalah jalan mendatar dan light2 sahaja... tapi 2 jam setersunya adalah sangat mencabar bagi aku yg bukan otai ni sebab semuanya mencanak2 sehinggalah ke puncak.... bertabah sahajalah dan hiking lah ikut rentak sendiri... kalau ikut rentak org kita yg penat...


mula2 start nanti korang akan nampak jambatan ijo macam kat atas tu... di galakkan untuk tidak melintas jambatan itu... just susur jalan ke kiri sebelum jambatan tu... sebab kalau korang lintas jambatan tu dan kemudian ke kiri, korang kena lintas sungai plak... tapi cetek je lah sungainya.. kan dah dua kali kerja namanya tu... 


lepas susur kiri sebelum jambatan tu korang jalan je straight... sampai nampak paip air ni.. paip air ni mesti berada di sebelah kanan kita sehinggalah sampai ke pondok pertama mcm gambar kat bawah... sebelah kiri pondok tu ada jalan ke atas... nanti korang teruskan perjalanan dengan melalui jalan tu... tengok gambar bawah yg ada pondok dan jalan tu... memang akan nampak ada laluan ke atas di sebelah kiri pondok... so korang ikut je lah jalan ni.. masa ni belum mencanak lagi.. masih light2 dan mendatar lg jalannya....






daripada pondok pertama tu kami meneruskan perjalanan hinggalah ke Kem Tangga Batu...ada pondok juga kat sini... sempatlah rehat seminit dua... dari sini bermulalah perjalanan yang memerlukan kekuatan mental...huhuhuhuhu...kenapa? sebab semuanya mencanak2 hingga lah ke puncak... dan masa ni jugak aku simpan phone dan dah tak amik gambar dah... tak larat beb... malas nak pegang phone... nak bawak badan sendiri pun rasa berat..hahahaha... so memang takde gambar2 sepanjang part mencanak2 tu... cuma nak bgtau dalam 1 jam 30 min mendaki korang akan menemui satu area yg di beri nama Bukit Botak... memang botak le bukit ni takde rumput... kena daki dengan memanjat tali... dari Bukit Botak ni nak ke atas mengambil masa lebih kurang 30 minit... dan yang pasti tetap mencanak walaupun hanya 30 minit.....









tak lama kemudian sampailah kami ke puncak Angsi...yeayyyyy.... setelah berjuang selama 3 jam tu.... macam biasa...kat atas tu posing le kan... dah penat nak sampai atas, kenalah bergambar puas2.. belum tentu nak naik lagi sekali kan... sambil2 tu makan2 jugak... aku makan biskut je.. tak berani nak makan pelik2...lepas dah lepak2 rehat dan puas amik gambar kami pun bertolak balik... 

kali ni kami turun via Bukit Putus... perjalanan turun agak mencabar sebabnya ada kawasan2 yg agak curam... maknanya pendakian naik juga mencanak2 le tu kan... lebih kurang sejam lebih kami akhirnya sampai ke kaki gunung... dari kaki laluan Bukit Putus tu, satu kereta ahli kami dah ada, makanya tinggal nak amik kereta2 lain je di laluan Ulu Bendul... kalau nak jalan kaki masak juga di buatnya.. rasanya dalam 3-4km jugak kalau nak menapak... huhuhu... akhirnya, lepas dah settle semua dan kereta dah sampai maka bertolaklah balik kami ke Johor... insya Allah ada rezeki akan datang kita mendaki lagi ya...

Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...