Trip ke krabi ni tercetus masa oktober 2015 kalau tak silap
aku… lepas tanya member2 hiking, kami pakai2 nak pergi sama2… tarikh yg di
pilih adalah pada 28 April 2016 – 1 Mei 2016. Kami ke sana 10 org, 6 perempuan dan 4 lelaki... kebanyankan adalah gang hiking... cuma 2 org je yang baru aku kenal.. tapi alhamdulillah... semuanya satu kepala... Aku yang kena incharge projek
jalan2 kali ni. Di sebabkan malas nak memenatkan fikiran, maka aku decide yang
kami akan guna pakej je di sana. Maka bermulalah acara mencari pakej yang
berpatutan. Aku kalau nak pergi sendiri tanpa pakej biasanya aku memang cari
tempat yg ada subway, tram, train, mrt dan sebagainya. Sebab kalau nak turun
naik bas memang leceh, kalau bawak keta nak kena fikir parking keta dan bayar
parking plak. So, kali ni aku pakai pakej je… senang kerja...
Cari punya cari, tanya pakcik google, fb dan
macam2..akhirnya aku dapat satu pakej yg aku rasa ok.. aku ulang ya..pakej yg
aku rasa ok… so tak semestinya korang rasa ok… pakej kami 4D 3N dengan harga
bawah RM600… pakej ni termasuk van vip, hotel, bot island hopping dan makan
sekali masa island hopping tu...
Akhirnya waktu yang di nanti pun tiba. Kami bertolak dari Batu
Pahat lepas mahgrib. 2 kereta dari batu pahat dan akan bertemu lagi 2 rakan di
Bukit Kayu Hitam. Mula2 nak naik bas tapi tau2 je lah naik bas ni lagi
unpredictable berbanding bawak keta sendiri kan. At least kalau dengan keta
sendiri, kita sendiri yang rancang perjalanan nak berhenti kat mana kan… Kami
bertolak lebih kurang jam 8.30 malam dan sampai di RnR Gurun jam 5 pagi..
sepanjang perjalanan kami berhenti
beberapa kali untuk solat, makan dan ke toilet. Sampai di gurun, tido sat kat
surau dan kemudian membersihkan diri dan solat subuh…. dan breakfast juga… kul
6.30 kami bertolak ke Zon Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam… lebih kurang jam 7.30
pagi kami sampai dan parking di area Zon Bebas Cukai… tapi dah lupa dah sehari
berapa ringgit nak kena bayar parkingnya…
Sesampainya di sana, kami menanti Joe dan rakannya yang akan
membawa kami ke Krabi…. Sekejap je kot, dalam 5 min dia org dah sampai…
berkenalan sat dengan Joe dan driver dan guide kami selama 4D 3N… Driver kami
gelarannya Bang Ya… dan Guide kami gelaranya Bang Deen… Alhamdulillah kedua2nya
boleh berbahasa Melayu loghat utara dan juga berbahasa Siam… kami terus punggah
barang ke dalam van dan memulakan perjalanan ke Imigresen Thailand… kat sana
kena turun dan beratur untuk melepasi Imigresen… jangan lupa selit RM 1 dalam
passport ya… kenapa??? Jangan tanya aku, aku ikut je apa yg guide suruh… dan memang
semua org buat macam tu kot… sebab bbrp blog yg aku search pasal Krabi pun buat
benda yg sama…. Selesai semuanya di Imigresen, kami tunggu van di seberang sana…
Danok le… mana lagi kan… hahahaha… kami cari money changer dan tukar duit siap2
kat situ… dah settle semua kami naik van dan memulakan perjalanan….
inilah van kami...sangat selesa…
Oooo… nak citer pasal van kami… wallaahhhhh… memang selesa
sangat2… nama pun van VIP… van ni ngam2 untuk 10 orang… so kalau terlebih
memang tak best lah..sebab seat memang utk 10 org…. ada karaoke lagi… tapi mic
takde… kata Bang Ya, hilang tak tau sape amik… last trip sebelum kami mic nya
hilang…. Tapi, walaupun takde mic, kami tetap gigih nyanyi bila dia org bukak
video karaoke tu… lagu melayu ya… kalau lagu siam memang syahdu… tak faham… haaaa…lagi satu driver ada WIFI… so kami guna
le WIFI tu sungguh2… live update le… apa lagi… hehehehe….Sementara nak menanti
sampai ke destinasi yang pertama, maka sempat jugaklah kami melelapkan mata… zzzzz….
Di sebabkan dah dalam dreamland… aku sambung cerita ceriti ni dalam next post
ya… :)
Best...next time nk repeat pakej ni bleh pm sy.
ReplyDeleteSy agent Barracudass Tour.
Untuk maklumat dan info yg pantas,sila tekan link dibawah.. http://www.wasap.my/+60124734427
Atau call kami :
✅0124734427 - Syahid