Rancangan percutian ke Sabah ni di rancang sejak bulan Ogos sebenarnya... aku ada kerja kat sana hujung thn..so bila Tanya adik2 ada yg nak mengikut, maka bermula lah perancangan itinerary ke Sabah... bincang punya bincang, kami decide nak ke Kota Kinabalu, Pulau Sapi dan Kundasang sahaja.. memandangkan percutian hanyalah 4 hari dan 3 malam sahaja...
Masa nak beli tiket flight, kami banding2kan MAS dengan Air Asia dan kami dapati perbezaan tak begitu ketara, so demi dua orang anak kecil yg akan di bawa, kami decide utk beli tiket MAS... sebabnya, tak perlulah korang turun naik tangga masa nak boarding... dengan stroller bagai kan.. sorong aje sampai depan pintu masuk..
27/11/15 kami bertujuh bertolak lebih kurang jam 7 pagi... dan sampai di KK lebih kurang jam 11.50 pagi.. kenapa lama sangat... sebab transit KL dulu... Alhamdulillah budak2 pun tak meragam.. masing2 tido je dalam flight dr KL-KK...
dari tepi tingkapku...
tuna sandwich pengalas perut dari KL-KK...
sampai je KK kami terus telefon kenderaan yg akan kami naiki ke Kundasang.. kiranya kami tak bermalam di KK dulu.. sebaliknya terus ke Kundasang... nak pergi 2-3 tempat je pun.. nak explore semua macam tak sempat je... Alhamdulillah, Andrew dan Uncle Ben dan menanti kami di airport... lepas dah angkut semua bag2 yg macam nak balik kampong seminggu tu dalam keta, maka bertolak lah kami ke Kundasang... dalam perjalanan, hajatnya nak singgah ke Desa Dairy Farm terus.. tapi bila tengok cuaca kurang mengizinkan dan hujan rintik2 mula turun maka kami terus je ke Pekan Kundasang... perjalanan dari KK ke Kundasang pun sederhana laju, sebab banyak kenderaan hala ke sana termasuk lah lori2... sampai di Pekan Kundasang kami beli KFC untuk tambahan makan malam dan terus ke tempat penginapan kami di Kiram Village...
wahhhhh... boleh tahan mencabar juga dari pekan Kundasang nak ke Kiram Village...jalannya berbukit bukau... kalau pergi sendiri mungkin kena bertanya ramai orang juga... tapi bila dah pergi, trademarknya adalah Golf Club.. rupanya Kiram Village ni satu jalan dengan Golf Club dan kat sana signboard Golf Club ni banyak.. mula2 korang ikut je sign board Golf Club ni, nanti memang akan jumpa sign board Kiram Village ni...
ofis Kiram Village..
Alhamdulillah, kami sampai di penginapan lebih kurang jam 4 petang... suasana dah sejuk....grrrrr..... tak tahan ooo... terus punggah barang, masuk umah dan berehat... malam tu kami semua tido awal., termasuklah budak2 sekali kena paksa rela tido awal.... refresh energy for tomorrow... esoklah baru round2 posing sekitar Kiram Village ni...
Kundasang mmg tmpt best bercuti
ReplyDeleteVtutuvi-a Markus Bethea link
ReplyDeletediaspecatic