Seoul, South Korea :: Day 5 - Last Day (Namdaemun, Myeongdong, Namsan Tower and santai2 di sekitar Itaewon)
PREVIOUS POST: Seoul, South Korea :: Day 4 (Nami Island, Petite France, Muree Muslim Food Restaurant)
Hari ni merupakan hari terakhir kami di Seoul... esok pagi2 dah nak ke airport..maklumlah flight kul 8 pagi... so, hari ni aktiviti santai je..lebih kepada shopping... kami decide untuk jalan2 di Namdaemun dan Myeondong... petang pula nak ke Namsan Tower kalau sempat or tak penat... boleh tak macam tu... dah le jauh2 tp tgk penat ke tak...
dalam kul 10 lebih tu kami ke Namdaemun... jalan2 sambil cari souvenir dan cari brooch... kebetulan tengah pusing2 jumpa juga sekumpulan Malaysian tgh nak cari tempat brooch ni jugak...so kami jalan le sama2...dan akhirnya jumpa...
haaa..ni lah tempatnya untuk borong aksesori..
dah Nampak signboard ni, betullah tu.. naik atas... akan jumpalah kedai2 jual brooch dan aksesori lain... tapi excited punya pasal, gambar kat dalam tu aku tak amik...hahaha... so takde lah yg boleh dipaparkan kat sini... selain aksesori ada juga di area lain di jual souvenir2... kalau malas nak merayau tempat lain, beli kat situ je.. harga pun not bad... kami ni dah confirm2 esok nak balik kan..so, borong kat sini je lah...dah tak yah pening2...
lepas dah settle kat sini kami ke Myeondong sekali lagi utk shopping apa yg patut...sambil2 tu boleh cuci mata... lepas dah settle semuanya, kami balik ke GH... sampai GH pun dah kul 3 lebih... solat2 dan makan... dua org adik2 ku (ketiga dan keempat) dan familynya keluar semula untuk ke Namsan Tower... tapi aku ngan suami dan adik bongsu serta anaknya tak nak kuar.. anak sedara aku tu pun baru setahun... tengah syok2 tido..so, mak nya pun tak jadi kuar.. aku ngan cik abang pun ntah nape rasa malas juga nak kuar... so, kami rehat dan zzzzz.... malam skit baru kami decide nak kuar... tapi apa2 pun, ni kami letak gambar Namsan Tower ehsan daripada adik ku utk tatapan semua...
begitulah serba sedikit gambar ehsan adikku di Namsan Tower... manusia memang ramai... bertabah je lah nak tunggu cable car bagai... aku ngan husband plak... lepas mahgrib kami merayau2 sekitar Itaewon... masa ni dah nampak dah depa2 ni dengan costume hantu/Halloween bagai... tapi masih tak ramai lagi..maybe baru kul 8 lebih kot... so, kami pun saja lepak di Caffe Benne sambil minum coffee dan tgk org punya gelagat... dalam kul 9 lebih kami pun beredar dan just merayau2 je kat sekitar...masa ni dah makin ramai org pakai costume Halloween... malam ni ada party sekitar bar2 Itaewon...masak le esok pg kami nak ke airport... tunggu bas kat bawah tu yg penuh dengan restaurant dan bar....penuh lah mereka2 yg mabuk...
tak lama pun kami merayau2 kat bawah tu... makin ramai org nak berhibur...so, kami naik atas...ke GH... mengemas apa yg patut dan tido... sok kul 3 dah nak bangun bersiap2...
Comments
Post a Comment