akhirnya tarikh yg dinanti2 pun
tiba… sepanjang bbrp minggu ni aku, member aku Teh dan adik aku memang study
pasal Gwangju dan Seoul ni… ye lah, nak g tempat org..mestilah kena study dulu…
nanti kang main redah je banyak masa terbuang sebab asyik sesat barat je…. Antara
persiapan yg kami lakukan:
·
Cari
guesthouse yang sesuai di Gwangju
·
Cari
guesthouse yang sesuai di Seoul
·
Fahamkan
subway map di Seoul – kenalah tau attraction mana yg kita nak visit dan apa
nama subway station dan berdekatan dgn tempat tu
·
Amik
tau pasal T-Money – senang guna kad ni utk bus, taxi dan subway
·
Cari
halal food restaurant – sebabnya teringin nak makan korean cuisine yang halal…
·
Estimate
perbelanjaan – kena tau harga entrance attraction, tiket boat Nami Island,
tiket train dan subway utk bergerak ke sana sini
·
Estimate
shopping expenses – kalau jenis yg tak suka shopping jimat lah… setakat beli
fridge magnet dan face mask tu kira alright le
·
Belajar
skit2 simple dan common phrase dalam bahasa Korea...
Disebabkan aku akan ke Gwangju
dulu untuk attend conference so aku akan ke sana dengan member conference dulu
bertiga… cik abe dan adik2 ku akan follow bbrp hari selepas conference selesai…
kiranya depa tak ke Gwangju lah… kami akan berjumpa di Seoul je nanti…
Tiket flight dari Senai 18/10/13…
jam 8.40 malam… naik Air Asia je… sampai LCCT lebih kurang jam 9.30 mlm… lepas
tu dok kat waiting area tu sambil tunggu member dari Ganu… lambat juga
sampainya flight dari Ganu…delay gitu… dekat 10 lebih gak baru sampai… lepas
depa sampai kami pi makan2 sat… lapar le…dinner kul 10++ malam… boleh?? Gasak lah
kan… dah siap2 makan tu tgh jam dah 11.30 macam tu… kami pun terus le
masuk..malas dah nak berlegar2 kat luar… baik dok diam2 kat area boarding gates
tu.. mata pun dah start ngantuk2 ni… flight dari KL ke Incheon kul 1.00 pagi tu…
Dlm dok berborak2 ngan member tu
tup2 dah sampai masanya nak naik flight… dengan perasaan happy dapat travel ke
tempat idaman + seram sebab nak present kami pun melangkah masuk ke dalam
flight… maka bermulalah perjalanan kami ke Seoul, South Korea…..
Arrival Card South Korea & Custom Declaration... jgn lupa isi card ni... kad ni cabin crew bagi on board...
Comments
Post a Comment