Alhamdulillah.... kami sekeluarga selamat pergi mengerjakan Umrah dan kembali ke Tanah Air... semuanya seperti mimpi... memang tak sangka akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mu... kami bertolak akhir Jun dan kembali semula ke Tanah air awal Julai... dah agak lama baru nak update blog... apa yg di paparkan bukanlah cerita penuh sepanjang kami di sana... sebaliknya hanya gambar2 secara rawak sepanjang kami di sana... tak dapat nak masukkan semuanya...
Kami bertolak dari KLIA dan sampai ke Madinah.. perjalanan mengambil masa dalam -+ 8 jam... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..makan atas flight pun sedap....
yummy kan....
Hotel di Madinah pun dekat dengan Masjid Nabawi... rasa yg tak dapat di gambarkan sepanjang berada di sana... Alhamdulillah sepanjang di sana, kami dapat beribadah dengan tenang... tak tau nak gambarkan macam mana... pagi, petang dan malam..mana yg berkesempatan kami cuba utk ke Masjid Nabawi....
Madinah agak tenang..suasananya agak tenang dan tak terlalu havoc... kedai2 di sekitar hotel juga banyak... kalau nak beli apa buah tgn utk orang Malaysia, seeloknya belilah di Madinah...lebih murah dan lebih mudah di cari sebenarnya... pada aku di Makkah agak sukar nak cari kedai2 dengan harga yg berpatutan...
teringin sangat nak tgk payung Masjid Nabawi ni terbuka tertutup, akhirnya satu hari tu dapat gak tgk...
Kami berada di Makkah kira-kira 5 hari.. pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram pun perasaan tak dapat digambarkan... sayu sangat rasa... melihat Kaabah di depan mata apatah lagi...seperti tak percaya berada di sana... Allahuakbar... Alhamdullillah...
Singkat rasanya masa kami di sana.. pejam celik pejam celik dah nak kembali ke Tanah Air... insya allah panjang umur, murah rezeki kami akan ke sana lagi...
Makkah clock tower...tinggi...
pemandangan di malam hari..
Kaabah...
kerja-kerja pembinaan dan tambah baik sedang di jalankan..
tgklah banyak betul crane sedang bekerja..
masa kami sampai mataf sedang di bina... cepat sungguh siap...
Ramadhan dah boleh pakai dah mataf ni...
ice cream paling best... 3 rial je satu bekas...memang yummy...
travel agen bawak jalan2 kat ladang unta... sedap juga susu unta ni...
akhirnya..masa utk kembali.. ni lah bag kami ber lapan... no extra baggage... ngam2 je...
Comments
Post a Comment