Skip to main content

Waterworld, Stoke

Minggu lepas bawak budak2 g main air kat Waterworld, tapi mak/ayah/pakcik/makcik budak pun amik kesempatan juga main air…. Kami bertiga family ke Waterworld, Stoke.. sape lagi, pusing2 Niza Sani n Co, Nita Azli n Co dan aku & madier… memang dekat sangat dengan factory outlet kat Stoke tu rupanya… dalam pada tu dah pasang niat dalam hati, balik nati kot2 bolehlah singgah…

Biasalah kul 8.30 tu dah nak gerak… dekat2 jam 10 pagi dah sampai… muka budak2 ni dah happy dah… ye lah nak main air… dah ready dengan baju renang dah… masuk2 dalam.. salin2 baju… memang kena pakai swimming attire le… takleh belasah pakai t-shirt je.. yg lelaki tak leh pakai baju.. pakai suar katok biasa boleh… yg pompuan nasib baik ada muslimah swimwear… bolehle masuk kolam… tak kan nak pakai swimsuit biasa kot… huhuhuhu…dan yg pasti tak boleh amik gambar dalam waterworld ni… simpan dalam memori je lah…

kanak2 gembira yg seronok main air, kalau boleh tak nak balik lagi... tapi yg kaum wanita ni plak nak survey2 tableware kat Stoke...


Punya lah seronok main air… bolehlah tahan lah water ride dia.. tak de lah banyak sangat.. tapi seronoklah… dah kul 12..tetiba rasa lapar.. perut minta di isi.. mestilah lapar.. dah main air kan... makan le apa yg patut... simple2 je… pastu sambung lagi.. hahahahha… lebih kurang jam 1.30 kami pun rasa dah puas main air…. So, siap2 le kuar ke changing room…. Dalam pada tu dah bincang2 dan akhirnya kata sepakat di ambil utk ke factory outlet…yahooooo….

Tapi tak sempat ke banyak kedai.. Cuma ke Royal Doulton dan Port Meirion je... kat Royal Doulton sempat sambar 2 gelas crsytal... cantik… pastu sampai kat Port Meirion, perut minta di isi lagi… so, masing2 buat macam area sendiri..susun makanan dan minuman atas bonet keta... pastu makan....

Dah kenyang barulah masuk dalam Port Meirion... tersangkut jugalah dengan pinggan Rose Bouquet... alasannya nak cukupkan set... nasib baik cik abang nak belikan... :) thanks.. lain kali boleh belikan lagi...

Lepas tu semua pakat2 nak balik... muka pun dah letih dan penat... jom kita balik... petang karang ada Majlis Ilmu pula....

Comments

  1. ira... bila ko nk balik for good. aku nk tompang queen anne dlm kontena bleh?.. factory outlet queen anne dekat tak ngan tempat ko?... mau kirimm...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu ...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...