sebenarnya ini baru kali ketiga buat karipap kat sini.. yg penting puas hati.... Jumaat baru ni, tgh shopping kat Asda tetiba cik abg dok menyebut nak makan karipap.. hmm.. aku pun tetiba macam rajin (Selalunya tak rajin..hahahaha).. terus kata ok..esok ira buat.. sib baik pergi Asda, so bolehle beli bahan2 terus.. maka bermulalah proses pembuatan karipap.. inti sonang je.. guna sardin.. tumis le macam biasa .. bawang di tumis, lepas tu masukkan kentang yg dipotong dadu..masak hingga empuk.. lepas tu akhir sekali masukkan sardin.. hancur2kan...letak le garam/gula skit.. kacau2 hingga sebati.. kalau nak pedas letaklah lada... doh kulit karipap pun tak susah mana.. kali ni tak buat yg pusar.. buat yg biasa je.. 1 kg tepung + 200gm marjerin/butter yg di panaskan atas kuali.. (kacau/gaul le hingga sebati).. lepas tu tuangkan air yg dicampur 2 sudu garam (1 1/2 - 2 cawan air) ke dalam tepung yg di uli tadi.. korang agak2 lah... kalau dah nampak macam lembik tu tak yah le abiskan air tu.. ka...