Lama plak tertangguh nak story pasal Scotland Series……ni pun baru part 1...letak gambar lebih skitlah...tak yah story panjang lebar....:) It’s a 2D 1N tour, so to make sure tak membazir atas jalan hari Sabtu, kami pun bertolak pagi2 buta tu…kira2 jam 2 pagi…slow2 lah kan…rasa ngantuk, berhenti kat services…sempatlah tido jap & Subuh kat situ…pastu teruskan perjalanan ke Glasgow…kira2 jam 8 lebih pagi sampailah kat city centre Glasgow…pusing2 cari parking, nasib baik ada parking, tak kena bayar plak tu…bagus2… Cari Tourist Info Centre, tapi takde apa yg menarik….pusing2 jap sekitar city centre..snap sana, snap sini…pastu gerak ke Transport Museum and Kelvinton Art & Gallery Museum..
First time ke Transport Museum…best juga…yg penting free…hahaha…tapi dia ada lah sediakan box for donation..so, letaklah sepound dua or se euro dua…nak letak lebih pun boleh… tapi yg seronoknya masuk Transport Museum ni, macam2 ada… evolusi kenderaan daripada basikal-motosikal-kereta-bas-train-tram… Cuma visitor tak boleh masuk dalam kenderaan tu…dapat bergambar dari luar je…maybe too fragile kot keadaan dalam kenderaan tu…so, dapat tgk dan jenguk2 daripada luar je…
On the other side of the museum ni dia buat jalan yg kiri kanan nya ada kedai2 lama…pastu di letakkan kenderaan2 lama kat jalan tu…ada certain2 kedai di buka…so visitor boleh masuk dan bergambar… ada juga buat train station lama dengan dua replica keretapi… macam real je…
Dah abis jenguk dua2 area, kami pun gerak ke Kelvinton Art dan Galley Museum…masa ni tgh buat Dr Who Exhibition…dah excited dah ni ngatkan boleh masuk cam tu je…rupanya bayar daaa…bayar tu satu hall ah, tapi tiket on that day dah sold out…kalau nak tgk juga kenalah beli tiket next day…so, ni je lah yg dapat snap.. Kalau dah nama museum tu mestilah penuh dengan sejarah…kami tak ke semua area pun…pening plak rasa tgk patung2 dan ramai sangat umat manusia…kami just ke certain2 area je…tingkat atas pun tak pergi…so, ni je lah area yg kami pergi….
Dah settle tu, balik ke kereta dan lunch le…apa lagi…lapar beb…:) lepas ni nak ke Tall Ship & Glasgow Science Centre....jejak kaki n amik2 gambar je...
Tall Ship...ngatkan free, rupanya kena bayar daaaa...so, masuk kat Gift Shop je...tapi takde souvenir yg menarik..... so kuar le semula...amik gambar daripada luar pagar je....
BBC Scotland...sebelah Glasgow Science Centre je... BBC ni macam RTM le kalau kat Malaysia..
settle dah lawatan sepantas kilat di Glasgow, so kami gerak pula ke Stirling pula…tgk Monument William Wallace…
William Wallace Monument
sape ntah dia ni…hahahaha…kalau bukan sebab tgk Braveheart, tak kenal pun Wallace ni…gara2 Mel Gibson dan Braveheart le Wallace ni dikenali serata dunia…tak pasal2 jadi tempat perlancongan plak….tapi kalau tau pasal sejarah Wallace ni, lagi2 cara kematian dia memang sedih…dan rasa kejamnya cara yg digunakan tu…takpelah, yg ni kita citer next entry kot…kalau dak, tak de citer nak update blog plak…kannnnnn…..
Komen2:
easyou said…cantik betul warna langit tu..biruu..
30 April 2009 08:47
iRa said…memang terpana dgn awan n langit kat sini…cantik sangat...kalau awan tu, seketul2 bentuknya..
05 may 2009 01:07
Comments
Post a Comment