Skip to main content

Dari Malaysia singgah ke Birmingham...

19-22 Mac baru ni..... sorang member dari Malaysia datang sini…Idzwan…member UUM…gara2 promotion air asia..dia amikle kesempatan bercuti kat sini…tapi sekejap sangat…seminggu je…apakan daya…sebabnya, insya allah akan menunaikan umrah pula minggu seterusnya….semoga semua urusan dipermudahkan…

Along dengan aksi malu2 kucingnya...

dalam flight tu ada Along sekali…anak sedara member (Ecah)…dia nak present paper kat Berlin…tapi amik flight ke UK dulu…tapi sempat jumpa kat airport je lah…sebab dia datang ngan SV…so memang dia akan ikut SV dia…tak dapatlah nak bawak Along jalan2 ngan kita org…yg penting ada bekalan dari Msia..thanks Ecah n Along..ngat gak ko kat favourite kami eik…

idzwan...

Berbalik citer pasal Idzwan ni..ala2 promo gitu…takpe.. eligible bachelor …Idzwan ni orgnya peramah and senang mesra ngan sesape je…PA skill memang mabeles… jenis yg tak berkira…lagi2 kalau ada rezeki lebih…zaman2 study dulu merasalah banyak kali dia belanja gang2 seperjuangan makan…tak pun kita org yg paksa rela dia belanja…hahahaha…maklumlah masa tu kami semua tak keja, full time student…dia ada side income… side income apa??? Korang kena klik sini...(IDZWAN)…yg mana satu ya antara 4 org tu??

So, sempena cuti2 UK ni…tempat yg direquest tak lain dan tak bukan pi stadium…tak de tempat lain ke korang nak pergi eik…bola..bola dan bola… So, antara tempat yg kita org pergi..Villa Park (harus le pergi…dah dekat benar ngan umah..), Old Trafford, Anfield, Manchester City, Everton ngan Emirates Stadium (Arsenal)...aku yg tak expert pasal bola ni pun leh tau skit2 nama2 stadium ni...hahaha...gara2 korang ler...masuk ni dah dua kali ke Old Trafford, Anfield ngan Emirates Stadium..sib baik tak cukup masa, kalau tak confirm ke Chelsea gak kan...yg penting hajat utama dah termakbul kan…kalau tak teringat2 plak..lagi2 Emirates Stadium tuh…:)

Lain2 bawak le dia round city centre…sambil shopping skit2…aku plak yg dok seronok tengok dia shopping…pemberi galakan sepenuhnya…:)… tapi worth la…sebab most barang yg dibeli tu memang murah sangat dari harga kat Msia…menurut kata tuan punya badan lah… aku setuju je… pagi Sabtu tu sebelum siri jelajah stadium sempat gak le bawak ke car boot…alhamdulillah…car boot besar gak hari tu…ramai booters…aku plak yg beria beli barang kat carboot…ala, bukan beli apa sangat..beli novel jer…dah tu memang favourite aku…tgh dok kumpul koleksi Cecilia Ahern, Sophie Kinsella dan John Grisham.. masih tak cukup satu set lagi… Idzwan beli apa ya? Aku rasa dia shopping barang utk Batrisya…anak member kami gak Ismandi…Trisya ni rapat giler ngan Uncle Idzwan….so, haruslah dia teringat sokmo kat Trisya…

Sempatlah 3 hari kami bawak Idzwan jalan2…Khamis malam Jumaat sampai sini…Jumaat gi city centre…sabtu ke carboot, manchester n liverpool, Ahad ke Emirates stadium pastu tengahari tu terus hantar dia ke St Pancras International Station…nak ke Paris plak selama 3 hari…dia ada member kat sana…mudahlah skit nak berjalan2..kalau dak macam ayam ngan itik…depa mana nak cakap in english sangat…:) Idzwan, nanti ada rezeki lebih nanti datanglah lagi…kali ni datang lama skit...


IRA: jgn lupa tiket konsert CT ya...hahahahha

Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Menggapai Puncak Tahan (Day 5 - Last Day)

Tahan Journey Day 5 - Last Day Kem Kor - Kuala Juram - Pej Relau - Pekan Merapoh - Kluang Kali ni karangan sis pendek je..hehehe.. pagi2 kul 5 dah terjaga..dengan ada org tgh kemas barang2.. dah terkebil2 tu mulalah takleh nak tido..tak lama lepas tu dgr pulak org nak buat air panas... fuhhh tak leh jadi ni.. pi sungai buat apa yg patut lepas tu join le org dapur.. ada pulak kawan saya yg berbunyi lapar hahahha.. sis pun pi masuk dapoq cari jemput2 bawang yg goreng malam tadi... fuhhh licin masing makan... dah abis jemput masak maggi pulak.. tq kak yah melayan kami.. tq juga asisstant chef aizi dan azhar... makin ramai pulak anak2 burung duk tepi nak tunggu makanan... abis maggie, masak nasi goreng pulak... eh tak reti kenyang ke masing2.. abis nasi grg last sekali masak lah mee hoon dan telur dadar.. yg ni banyak jadi di lunchpack utk kami... lupa nak masukkan kisah teh longan cg mahmod ... dia masak kan utk kami lepas tu dia merayau khemah sebelah.. berbual sampai lupa pasal air tu ...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...