Alhamdulillah..semua berjalan lancar... harap maaf..gambar tiada untuk dikongsi... tuan rumah sibuk di dapur dan tidak sempat assign sesiapa utk jadi photographer...
masak apa? simple sahaja... konon2 nya masak ala Thai....hahahaha..kelakar pulak rasanya...sebab diri ini bukanlah rajin memasak mahupun mahir memasak...tetapi berada di tempat org menjadikan kita tahu memasak dan ingin mencuba memasak dan secara tiba2 boleh lah memasak utk kuantiti yg banyak...
contohnya semalam... menu ala Thai.. Tomyam Ayam, Paprik Udang dan ayam goreng KFC...lupa pula...sambal belacan ( yg telah di alter oleh kakak senior ku..)... inilah antara menu yg paling mudah untuk di masak dalam kuantiti yg banyak... alhamdulillah... yg datang bawa pula kuih muih, buah buahan dan air2 kotak... murah rezeki tuan rumah... sambil2 bertazkirah, dapat pula merapatkan ukuwah sedia ada... dapat juga menjamu selera.....semoga majlis sebegini sentiasa diteruskan oleh generasi2 seterusnya...maklumlah generasi2 senior seorang demi seorang dah pulang ke tanah air...
ira: lepas ni beranilah skit jadi host majlis2 macam ni..... cubaan utk menjadi tukang masak...ekekeke... utk Pn Afziha... saya tak dapat jadi 'tukang masak ukt disewa' awak ya... jauh sangat...:)
Comments
Post a Comment