Selamat menyambut Ramadhan semua.... Alhamdulillah... tahun ni aku masih dipanjangkan umur dan berkesempatan lagi berpuasa dan berterawih di bulan Ramadhan.... cuma setakat bbrp hari puasa ni, masih tak berkesempatan nak buka puasa dengan parents... selain dari tu semangat nak memasak tu lain macam skit...:) kalau hari2 biasa, tak brp rajin nak memasak... tapi bila bulan puasa ni bersemangat skit... tapi takdelah macam Masterchef nak masak yg hebat2... masak yg simple2 je asal kena dengan selera kami... cuma part kuih muih ni aku surrender skit... aku rela beli kat bazaar ramadhan daripada buat... macam tak berbaloi nak buat kalau setakat nak makan 3-4 biji je.... Alhamdulillah juga kerana kami sekeluarga berlapan telah selamat pergi dan kembali dari menunaikan umrah pada akhir June hingga awal Julai baru2 ni.... insya allah, akan cuba ku coretkan dan kongsikan perjalanan kami yg amat bermakna sepanjang di Tanah suci.... ...