Sambung entri sebelum ni... endingnya di Kinabalu Park.. selepas selesai bergambar di Kinabalu Park gate Timpohon kami pun meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.. kami singgah sebentar di Rumah Terbalik.. maklumlah dah memang lalu kawasannya.. senang je sebab nampak dari tepi jalan di kawasan Tamparuli... Kat sini kami di bawa masuk ke dalam rumah oleh guide..tapi tidak di benarkan ambil gambar di dalam rumah.. jadinya hanya ambil gambar luar rumah sahaja..
rumah terbalik... bukan amik gambar terbalik ya...
tiket masuknya adalah RM 10.60 termasuk GST..ada 3D Museum juga, tapi kami tak masuk yg tu...kira2 30 minit juga di habiskan untuk bergambar di sekitar Rumah Terbalik... selepas selesai bergambar2 kami pun makan kat restoran rumah terbalik tu... sebabnya dah lapar sangat..tak sanggup nak tunggu sampai KK... mood irfan dan aina pun ok... dia org pun makan dengan seleranya... lepas dah kenyang barulah kami teruskan perjalanan ke Marina Court, KK. Kiranya ni destinasi terakhir kami bersama dengan Andrew dan Uncle Ben... terima kasih banyak sebab melayan kerenah kami....
Kenapa kami pilih Marina Court sebab lokasinya sangat strategik... dari situ boleh berjalan kaki je ke Mall berhampiran, tempat makan berhampiran dan Pasar Kraftangan (Pasar Filipina).. sampai2 je kami berehat dan solat... lepas tu barulah meneruskan perjalanan ke Pasar Kraftangan.... tapi kan aku sebenarnya tak snap gambar kat sini... just beli apa yang patut... lepas tu cari tempat makan je...hehehe...
esok kami nak ke Pulau Sapi plak... ari tu datang sini tak naik parasailing... kali ni nak naik parasailing... yeay... jumpa di entry seterusnya ya....
Comments
Post a Comment