Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tableware

Tempahan sudah belayar

Alhamdulillah... pesanan dari seorang sahabat nun di Selangor, Malaysia telah selamat di tunaikan... semua kiriman telah di packing dengan jayanya dan telah di ambil oleh pihak shipping pada 16 Ogos yang lalu.. berdasarkan maklumat terkini, kapal telah pun bertolak pada 18 Ogos baru2 ni.. Insya allah sampai sebelum raya, kata org shipping lah.. semoga semua proses pihak tersebut berjalan lancarlah... so, dapatlah berhari raya dengan tableware baru gitu... Ada Queen Anne... pastu ku letak sepasang Pitcher & Bowl, mana tau ada yg berkenan... dalam kotak ni semuanya Queen Anne..bersinar2, berkilau2.... Queen Anne dan part of Old Country Roses tableware dalam ni ada Port Meirion Botanic Roses, Botanic Garden & Old Country Roses..insya allah tak pecah, semua di bungkus dengan jayanya dan tebalnya.. rasanya berjaya menahan gegaran2 perlahan dan sederhana.. hehehehe.... inilah hasilnya...4 kotak semuanya... dah sampai nanti habaq nooo....

Queen Anne & Booster bakal di shipping...

Akhirnya.. Queen Anne yg member pesan telah selamat di beli..semalam bertungkus lumus menyusun dalam kotak...nak bagi penjimatan ruang sebaik mungkin..sebab bertambahnya kotak bermakna bertambah kos..sian member nak membayar nanti...ada 10 kotak Queen Anne dan 1 booster untuk anak sulungnya...(semuanya muat dalam kotak 30*10*10 inci) tak lama lagi belayarlah kotak tu ke Malaysia..kena shipping guna kapal..kalau 'air mail'..alamatnya beratus hengget yg over gitu...tak worth... 4 pieces oblong party set RM 100 6 pieces oblong party set RM 140 Single casserole/lids RM 90 Double casserole/lids RM 150 Triple casserole/lids RM 220 Booster RM 115 Shipping RM 185

Queen Anne Tableware

Queen Anne??? Apa tu…hahahhaha..aku pun tak tau apa ke bendanya tu sebelum ni…datang sini baru le tau..pada sesiapa yg konpius, Queen Anne tidak le bermaksud orang or any human being…it’s a name for tableware, silver plated… tgklah gambar2 yg ada skit2 kat bawah tu… cantik…dan murah skit kalau dibandingkan beli kat Malaysia..katanya kat Malaysia ada yg cecah sampai RM300-RM400.. tak taulah…tak pernah beli pun kat Malaysia…Cuma kat sini tak lepas peluang..ada lah beli sikit…dah nak raya ni adalah beli skit..nak guna untuk open house le kengkononnya…ada yg dah di pos ke family skit…sesuailah utk guna masa jamuan2..masa raya2 ker.. So, terfikirlah pulak nak promote kat kengkawan…kalau2 ada yg nak beli..sebab murah le skit berbanding kat sana….postage pun boleh diuruskan…kiranya main point nyer..kalau2 ada sape2 nak pesan boleh le kirim through aku.... ni link websitenya http://www.queenanneuk.com/ Large Oblong Casserole Large Double Casserole Single Casserole 5 division with lid

Royal Doulton, Wedgewood, Portmeirion

A visit to tableware's factory shop...kalau kat factory shop ni harganya murah le skit berbanding yg dah di jual di Boundary Mills or mana2 kedai...tak pernah tau pasal pinggan mangkuk mahal ni sepanjang di tanah air..maklumlah kita ni org biasa2 aja...pakai seadanya dan sederhana..tak terfikir nak memiliki pinggan beratus2 hengget ni...datang sini baru tau apa tu Royal Doulton, Rotal Albert, Old Country Roses, Eternal Beau...Johnson Brothers..dan macam2 lagi... so, masa ni sempat ke 3 jenama factory shop, Royal Doulton (sempat ke 2 kilang), Wedgewood dan Port Meirion..tengah sale plak tu..sampai 70% memang rambang mata...cantik2 plak tu.... ROYAL DOULTON WEDGEWOOD PORTMEIRION