Skip to main content

Kiri kanan atas bawah.... merata2 ada buku...

memandangkan pesta buku dah tiba, maka sekali lagi aku merangka2 plan utk ke sana... kali ni nak pergi dengan family plak.... dah bincang2 ngan hubby dan adikku, so kita org pun plan nak g ke sana pada hari kedua pesta buku....

dalam hati memang dah pasang niat nak beli novel2 dan buku2 motivasi dan buku agama... kami semua bermalam kat umah adik di Selangor... pagi2 tu dia lah yg hantar kami ke PWTC... tak de kuasanya nak bawak keta ke sana...nak cari parking pun dah satu hal... kami tiba dalam jam 10 pagi... wahhhh...sudah sangat ramai org....

memang puaslah juga berlegar2 dari satu booth ke satu booth.... yang tak sangkanya boleh plak jumpa ex-student aku kat sana... rupanya sekarang kerja kat Karangkraf.... disebabkan aku nak beli novel so antara booth yg aku pergi pastilah Karangkraf, Jemari Seni, Kaki Novel dan sebagainya... cuma kat Karya Seni je yg tak boleh nak beli apa2... ya ampun, ramainya org dalam bilik Karya Seni ni... sangat2 penuh... aku asalnya dah masuk, tapi last2 kuar semula... tak sanggup... kang pengsan plak kang...

PTS pun sempat pegi jugak.... walaupun ramai org tapi still boleh bernafas lagi.... adalah beli skit buku kat sini... penat juga tu dok turun naik atas bawah.... nasib bawak bawak beg tarik saiz kabin... berbaloi2 sebab tak penat tangan.... tarik je ala2 nak g travel....

dalam kul 2 lebih tu kami dah settle round tempat2 yg di ingini... so, call adik dan minta dia amik... alhamdulillah..mission accomplished... insya allah, ada rezeki dan masa tahun depan kami datang lagi....

Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...