Skip to main content

'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

Akulah salah sorang yg kehujanan malam itu... nasib baik masih dikurniakan nikmat sihat olehNya keesokkan harinya....Alhamdulillah...



Utusan Malaysia (24/10/2011)


'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

BATU PAHAT 23 Okt. - Perarakan konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ala 'Town and Gown' berlangsung meriah bagaikan pesta apabila disertai 2,400 orang dan digamatkan dengan pertunjukan bunga api, malam tadi.

Perarakan dari Jalan Rahmat ke Stadium Batu Pahat itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat setempat tentang Majlis Konvokesyen UTHM Ke-11 yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Program itu juga merupakan satu simbolik hubungan erat antara warga UTHM dengan penduduk di daerah ini seiring tema perarakan iaitu 'Inovasi-Rakan Universiti-Komuniti'.

Berdasarkan sejarah, perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai 'Communiversity Celebration' menjadi amalan turun-temurun beberapa universiti luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor.

UTHM adalah institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Semenanjung yang mengadakan perarakan 'Town and Gown' dan ini adalah kali ketiga ia dianjurkan.

Town merujuk kepada masyarakat setempat manakala Gown adalah warga akademik di universiti dan perarakan itu juga dilakukan sebagai tanda terima kasih para graduan kepada penduduk sepanjang mereka menghabiskan pengajian di UTHM.

Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi merasmikan perarakan itu yang turut dihadiri Naib Canselor UTHM, Prof. Mohd. Noh Dalimin.

Hujan yang melanda sewaktu perarakan bermula pada pukul 8.30 malam sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta meneruskan perarakan diiringi kereta berhias dan bagaikan mendapat restu, hujan berhenti sebaik sahaja perarakan tiba di Stadium Batu Pahat untuk acara seterusnya.

Di stadium, penonton disajikan dengan persembahan silat dan pancaragam sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Terdahulu, beberapa program sampingan diadakan sempena perarakan itu bermula seawal pukul 9 pagi menerusi acara konvoi berbasikal disertai kira-kira 300 peserta dari kampus UTHM di Parit Raja ke Stadium Batu Pahat.

Pertandingan 'Auto Show' bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang turut diadakan di Dataran Penggaram disusuli konvoi motosikal berkuasa tinggi ke stadium bermula pukul 5 petang.


Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...

Parcel from Ecah

Minggu lepas…balik2 umah je, tengok2 ada satu parcel menanti… mula2 ngatkan barang ebay cik abang…rupanya nama aku kat kotak tu… ‘eh..daripada sape plak ni?’ aku confuse gak sape yg hantar... Belek belakang...oh daripada cik ecah rupanya... cik ecah pun satu, suka buat surprise... kirim2 tak cakap ngan aku... apa2 pun thanks ecah... aku dah dapat agak dah apa dalam kotak tu...hehehehe...apa lagi, bukak dengan jayanya... eh...nampak ada 2 helai tudung ekin... satu warna coklat satu warna hitam... pastu ada CD utk cik abang... bawah skit baru nampak Sabun Taharah yg aku minta dia belikan dan poskan... tau pun daripada Nita pasal sabun ni... mudah lah untuk aktiviti samak menyamak ’used tableware’ and kitchen appliances nanti... ni lapisan atas... kat bawah tu ada banyak lagi Sabun Taharah... CD dah selamat di ambil dan di letakkan dalam kereta...tak sempat snap lagi... Tudung2 tu semua muat2 muka aku... thanks ecah...bolehlah melaram ngan tudung baru... hehehehe.. Cik abg plak tersenyu...