Skip to main content

Weekend oh weekend - Junction32

Last weekend memang dah plan nak window shopping (ye ke???) kat Junction32 Outlet kat West Yorkshire (http://www.junction32.com/). Pagi2 kul 9.30 dah gerak ke sana….tak jugak le terus ke sana.. sempat meyinggah di Port Meirion dulu… beli sedikit pesanan pinggan mangkuk dari rakan di Malaysia…lepas tu baru teruskan perjalanan ke sana…sampai sana lebih kurang jam 1 tghari…sepanjang perjalanan…kabus sangat2 tebal…memang tak boleh bawak laju sangat…lampu pun kena pasang… dah sampai tu..sejuknya tak terkata….below 0 rasanya...tapi semangat nak window shopping mengatasi segalanya…macam nak raya lah kan…ada SALE… nak Christmas ni pun sakan SALE…org2 depa lagi suka shopping…setiap season shopping…terutama baju2…

Apa lagi teruskan le masuk dalam outlet2 ni… lebih kurang macam di Chesire Oak juga…Cuma kecik sikit je… antara yg jadi tumpuan kami tentulah Outlet Nike (boleh tahan sale…lepas tu kalau printout voucher dari website dapatlah plak discount 30%...huhuhu…macam mana tak rambang mata dibuatnya.. tapi tak pe…sabar2…survey dulu….), Next (masuk utk survey je…), Lee Cooper (murah giler jeans...rambang mata...), Clarks (kat sini memang tak tertahan dibuatnya…beli sepasang kasut utk my nephew….geram tgk kasut budak2 kecik ni…comel2…macam fashion & rupa..cute2 plak tu…, Cadbury (murah gile coklat2 ni…yg bagusnya ada label V…so senang sikit nak pilih mana yg boleh di makan)..kat Malaysia pun tak amik pot sangat dengan label V ni….hmmmm…..pastu ke outlet Tefal (dah nama perempuan..nak jugak masuk tengok periuk2 )… banyak lagi kedainya…tapi tak tertaip di sini…
kiranya lama kita org round sampai kul 5 lebih jugak le… termasuk berpicnic, makan bekalan yg dibawa…picnic dalam kesejukan…hahahha…solat sekali kat sini… kul 5 lebih tu dah gerak balik semula ke umah…dah gelap pun masa ni… dalam perjalanan singgah sekejap kat Services (macam R & R kat Malaysia)…betul2kan badan skit… pekena kopi skit… bg segar mata… alhamdulillah…sampai semula di umah dalam jam 8 lebih…



macam ni lah keadaan Services (R & R) kat sini...aku paling suka berhenti Service yg ada Costa Coffee...mabeles coffeenya..ada sesetengah services ada hotel...style macam Seri Malaysia..tapi oklah..harga pun tak mahal sangat...average around 19-39 pound...

Comments

Popular posts from this blog

SimplySiti.. aku terpengaruh, tapi...

kenal tak logo kat atas tu?? haaa... tu lah produk terbaru Dato' Siti Nurhaliza... rangkaian kosmetik dan skincare... bila tahu je Siti Nurhaliza dah kuarkan produk kosmetik sendiri, mulalah terasa2 gatal tangan nak membeli dan mencubanya... tapi apakan daya... ada sape2 sudi ke nak kirimkan??? wahhhhh..terlebih sudah... kalau baca review pengguna, kebanyakannya positif... ada yang kata tekstur compact powdernya sangat halus... ada yang kata setaraf ngan loreal... ada juga yang kata lipsticknya tak mengeringkan bibir... tapi ramai yang kata Simply 5 produk paling best... tang mana bestnya tu, kenalah tanya siapa yang dah guna ya... pasal harga ada yang kata murah, ada yang kata mahal... ada juga yg kata berbaloi le dengan kualitinya...apa2pun tepuk dada tanya wallet ya... kalau tanya aku, aku teringin nak cuba kosmetik je setakat ni.. sebab kalau skincare, aku ni pengguna setia Nutrimetics sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu.. dah serasi bersama... tapi tak tau le kot kalau guna S...

Terima Kasih Daun Keladi....

I've got this nice Guess watch as birthday gift from my hubby...thanks cik abang sayang... tahun depan nak lagi besday present eik...hehehehe... ikutkan memang aku ada menyebut nak jam ni..tapi nak tali warna merah... tapi 'dia' cakap, tahun ni takde present sebab aku dah banyak perabih duit...tak reti berjimat...ekekeke...aku sengih je lah... rupanya..isnin pagi lepas hantar aku, ada org tu senyap2 g city centre cari jam ni... tapi takde warna merah.... so, lepas aku balik umah... dia pun citerlah yg dia cari hadiah tapi yg tali merah takde...so, tak berani nak beli takut aku tak berkenan...huhuhuhu...aku pun dengan tersengih2 dengan jayanya pun bgtau... 'takpe, tali warna lain pun takpe' ...hahahhaha... maka dengan itu dapatlah seutas jam tangan bertali putih... sekali lagi..thanks ayang kus....:) confirm pakai dengan jayanya jam ni...

Gunung Panti Escapism 2017

Setelah sekian lama berehat dari hiking ke gunung-ganang ni, tirai 2017 aku mulaikan dengan Gunung Panti di Kota Tinggi.  Nak kata aku organizer tidaklah juga.. cuma amik inisiatif amik nama sape nak join je... pastu baca2 blog dan pengalaman mereka2 yg ke sana... ooo sebelum memulakan penglipurlaraan ku... just nak bgtau..kali ni aku letak gambar banyak skit dan full face of member2 hiking ni... sebab rupanya dia org tak kisah pun kalau aku letak gambar dalam ni... hahahaha... kalau nak harap letak muka aku banyak2 memang tak lah kan...  090217 jam 5.30 pagi bertolaklah kami ke Panti... kami dari BP cuma 6 org sahaja dengan menaiki dua kereta... kat sana tambah lagi 5 org... sampai RnR Macap kami berhenti sarapan ringan dan solat.. lepas tu meneruskan perjalanan ke Panti... kami menuju ke Kota Rainforest Resort (KRR)sebab nak kan kepastian jalan masuk tu di mana... selepas dapat tunjuk arah dari pekerja di sana kami menyelusur masuk ke jalan kecik molek lebih kurang ...