December 30, 2011

Selamat Pengantin Baru Musyrifah & Rizal




Selamat Pengantin Baru buat adik bongsu ku... Musyrifah dan Rizal...
Semoga bahagia ke akhir hayat... cukup sudah korum keluarga Hj Mohd Yusof & Hjh Fatimah...

Alhamdulillah semuanya sudah melangkah ke gerbang perkahwinan...
Adam pun dah melangkah ke alam persekolahan... Darjah 1... bagus hero atuk ni... tak nangis kat sekolah... balik rumah siap nyanyi2 lagi kata papanya...
Aqeel pun dah nak dapat adik.... insya allah tahun ni bertambahlah cucu Hj Yusof & Hjh Fatimah... semoga semuanya di murahkan rezeki dan diberkati oleh Nya... aminnnn...




IRA: Julie, thanks for this lovely pic..

November 8, 2011

Kitchen Cabinet Part I

kalau nak citer pasal kitchen cabinet ni memang seronok... macam2 le yg di impikan sebagai kitchen cabinet idaman ni... majalah pun dah macam2 ada... tapi tak belilah.. pinjam je daripada Idah dan Suria.. depa semua ni pun baru lepas buat dapur... so, macam2 majalah le ada...

belek sana, belek sini... kalau tgk majalah Dapur, Impiana, Anjung Seri, Apartment tu memang le teringin nak buat macam tu, macam ni... tapi biasalah fulus kena fikir juga...:)

akhirnya dah dapat le gambaran nak buat dapur yg macam mana... simple je lah memandangkan ruang dapur yg kecil dan fulus yg agak kecil juga...

lepas dah ada gambaran nak buat macam mana, kenalah cari org yg nak buat kitchen cabinet ni kan... kat BP ni bukannya banyak pilihan sangat... aku cuma tanya dua kedai je... ada jugak tanya kawan2, ada yg tak rekemen tukangnya.. ada juga yg jauh skit.. so, amik keputusan biarlah kedai kat BP je...

kedai pertama tu bila call minta datang ukur, dia suh datang kedai dia..katanya dia ada ukuran rumah kat tmn perumahan ni... hok a loh... gitu plak.. maklumlah tak banyak saingan kan... kalau tak berani nak buat macam tu, kuranglah pelanggan kamu.... so, call kedai kedua... minta datang ke umah...tak de masalah...tetapkan tarikh dan dia hantar designer dia ke umah... bermulalah sessi ukur mengukur dan design mendesign... kita sambung ke Part II plak ya...

October 31, 2011

Program Finishing School

15-16 Okt lepas, aku dan bbrp rakan seFSKTM dijemput join Program Finishing School ni.. kami di jemput utk jadi fasi.. targetnya adalah pelajar2 tahun akhir.. nama pun finishing school kan...:) kiranya untuk beri pendedahan kat student ni tentang alam selepas tamat pengajian..


beruntung sebenarnya mereka2 ni sebab program ni dibuat utk memastikan mereka dapat pengetahuan tentang kemana hala tuju selepas tamat belajar, tips2 macam mana cara nak cari atau dapatkan kerja, cover letter, resume.. yg paling best siap ada mock interview.. yg ni memang at least ada satu pihak luar yg di panggil utk menjadi panel.. utk FSKTM, ada panel dari Mesiniaga, Oil and Gas Company dan juga Seagate.. at least dapat juga rasa macam mana masuk bilik interview.. takde lah terkezut masa first time interview nanti...


tapi dalam pada tu, ramai juga student yg tak datang.. alasan??? macam2 ada... apa2pun tahniah pada semua pelajar2 yg hadir pada Program Finishing School ni.. anda memang terbaeeekkkkk....

October 30, 2011

Home Fair @ Persada Johor



sambil2 balik ke rumah parents @ JB tu sempat lagi curi masa sekejap ke Home Fair kat Persada Johor. First time pergi ke home fair ni, pergi ngan adik... dia lah yg bgtau ada homefair. Dia pun nak naik rumah baru, so sibuk lah survey sana sini nak cari brg rumah, nak buat kitchen cabinet etc... tak lah besar sangat, biasa2 je tapi dalam macam tu, sangkut jugalah satu dua brg... tilam dan kitchen cabinet accesories... tilam ni sebab nak yg custom made punya.. rupanya saiz katil yg bawak dari sana kecik daripada sini, so tak sesuai le nak beli tilam2 yg dah ada kat kedai2 tu... nak tak nak kenalah custom made... accesories ni sebab menurut kata adik ku, murah le skit daripada harga biasa kat luar tu... so, kami pun pakat2 le beli sama2...

October 25, 2011

'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

Akulah salah sorang yg kehujanan malam itu... nasib baik masih dikurniakan nikmat sihat olehNya keesokkan harinya....Alhamdulillah...



Utusan Malaysia (24/10/2011)


'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

BATU PAHAT 23 Okt. - Perarakan konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ala 'Town and Gown' berlangsung meriah bagaikan pesta apabila disertai 2,400 orang dan digamatkan dengan pertunjukan bunga api, malam tadi.

Perarakan dari Jalan Rahmat ke Stadium Batu Pahat itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat setempat tentang Majlis Konvokesyen UTHM Ke-11 yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Program itu juga merupakan satu simbolik hubungan erat antara warga UTHM dengan penduduk di daerah ini seiring tema perarakan iaitu 'Inovasi-Rakan Universiti-Komuniti'.

Berdasarkan sejarah, perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai 'Communiversity Celebration' menjadi amalan turun-temurun beberapa universiti luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor.

UTHM adalah institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Semenanjung yang mengadakan perarakan 'Town and Gown' dan ini adalah kali ketiga ia dianjurkan.

Town merujuk kepada masyarakat setempat manakala Gown adalah warga akademik di universiti dan perarakan itu juga dilakukan sebagai tanda terima kasih para graduan kepada penduduk sepanjang mereka menghabiskan pengajian di UTHM.

Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi merasmikan perarakan itu yang turut dihadiri Naib Canselor UTHM, Prof. Mohd. Noh Dalimin.

Hujan yang melanda sewaktu perarakan bermula pada pukul 8.30 malam sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta meneruskan perarakan diiringi kereta berhias dan bagaikan mendapat restu, hujan berhenti sebaik sahaja perarakan tiba di Stadium Batu Pahat untuk acara seterusnya.

Di stadium, penonton disajikan dengan persembahan silat dan pancaragam sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Terdahulu, beberapa program sampingan diadakan sempena perarakan itu bermula seawal pukul 9 pagi menerusi acara konvoi berbasikal disertai kira-kira 300 peserta dari kampus UTHM di Parit Raja ke Stadium Batu Pahat.

Pertandingan 'Auto Show' bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang turut diadakan di Dataran Penggaram disusuli konvoi motosikal berkuasa tinggi ke stadium bermula pukul 5 petang.


October 14, 2011

Wajah baru FSKTM




wajah baru FSKTM.. akhirnya kami dapat bangunan baru setelah bbrp lama berada di kampus bandar... walaupun ada yg kata rindu jugaklah dengan kampus bandar... maklumlah dekat dengan segala kemudahan dan kedai2... ckp saja nak apa... boleh jalan kaki... tapi dengan adanya bangunan baru ni... lebih selesa lah... ada pertambahan lab baru, bilik2 seminar yang lebih luas daripada kampus bandar dan bilik pensyarah yg lebih luas skit...

September 11, 2011

kontena sudah sampai

pejam celik pejam celik... sampai jua akhirnya kontena kami... biasalah tu kalau dah duduk kat tempat org bertahun2, barang2 pun banyaklah...

ada yg elok nak di bawa balik... ada yg baru dan tak pakai lagi pun nak di bawak balik.. ada yg sayang nak buang walau dah tak brp ok akhirnya di bawa balik juga... ada yg secara tak sengaja terbuka Ebay, Amazon dan terbeli so di bawa balik juga... ada yg terpergi Argos, Asda, Boundary Mills, TKMaxx pun sama terbeli juga... dan macam2 ter lagi lah... so hasilnya wujudlah perkongsian dengan Aziman/Kak Kam dan bbrp rakan lain maka 'terbelayarlah' satu kontena ni ke Pelabuhan Tanjung Pelepas...

alhamdulillah... barang2 kondisinya elok... lega, tak de lah yg pecah2 ke... patah riuk ke... cedera kecil tu biasalah mcm terguris skit... tercalar skit... adatlah kan...dah turun naik kontena...

terima kasih buat rakan kongsi ku Kak Kam n Aziman dan sanak saudaranya yg sama2 menjayakan acara menurunkan barang2 ni...juga buat semua yg sudi meluangkan masa membantu kami tempohari... lepas ni kita nantikan kedatangan acara seterusnya di Skudai pula....:)


September 7, 2011

dari Birmingham ke 'Royal Creek'

lama blog ni tak dikemaskini... menanti tajuk yg sesuai agaknya...memang dah bersawang2 dah blog ni menanti tulisan seterusnya.. alhamdulillah..dah kembali ke tanah air semula... kembali bertugas tapi masih berjuang menyiapkan kerja2 penulisan dan lain2 yg masih belum siap2... semoga sentiasa diberikan idea2 dan dibekalkan semangat juang yg tinggi sepanjang proses ini... bak kata Dekan 'momentum kena sentiasa ada'..



Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yg panjang
Di Malaysia kita berjumpa lagi







July 20, 2011

Doa mohon dipermudahkan segala urusan dan hajat

untuk manfaat bersama...



dari darusyifaa.org

June 29, 2011

Selamat Pengantin Baru..

Selamat Pengantin Baru buat Al-Hafiz Nordin & isteri, Nizam Mahdin & isteri dan Aisah Sudin & suami... semoga berbahagia ke akhir hayat.. ni kiranya edisi mega lah ya.. tunggu tiga pengantin sekali baru update dalam blog...:) ku titipkan lagu dari Hijjaz buat 3 pasangan pengantin baru ni... selamat menempuh alam rumahtangga..moga di berkatiNya dan dilimpahi kebahagiaan dunia dan akhirat...








vid credit to: farmiza8

June 22, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...

buat suamiku terchenta...ewahhhhh...

Selamat hari Lahir.... semoga sihat sokmo... dipanjangkan umur... dimurahkan rezeki...

isterimu ini serba kekurangan... tak sehandal chef 5* nak masak special menu utk hari istimewa... ( psssttt...kita gi shahi masala je lah ya...:) kekekekeke....

gaji jadi lab demonstrator tak dapat2 lagi nak belikan hadiah spesel untukmu...

yg ada cumalah ucapan hari lahir dari hati yg tulus ikhlas lagi suci murni...

Happy Birthday...I love you.... Saranghae yeobo... you are my lovelight...




P/S: suka sangat ngan lagu ni... khas utkmu yeobo... mana2 yg girl tu tukar le jadi boy/man... yg beautiful tu tukar le jadi handsome.... :)

May 25, 2011

perihal jaga exam

semalam jaga exam utk subjek pharmacy... kami berempat yg jadi invigilator... termasuk chief invigilator jadilah berlima... lepas 10 minit exam bermula, tetiba masuklah 3 org staff lain... siap bawak kamera tu... aku ngatkan kenapa...ooooo rupanya nak buat operasi...operasi banteras peniruan... selalunya kami2 invigilator je yg banteras peniruan ni... tup2 staff pun turun sekali..dasyat2 staff pharmacy ni...

nak tau apa yg depa buat?? depa dok tgk tapak tangan budak2 ni sorang2... masa ni kami invigilator tak joinlah..depa bertiga je yg buat semua tu... dapat jugalah tangkap beberapa mangsa... dan kamera tu rupanya utk amik gambar tgn student2 tu... nasib komelah... sape suh main tulis2 atas tapak tgn...kan dah kena tangkap...

kalau nak citer pasal meniru ni mcm2 ada... ada yg pakai short pastu tulis atas peha lah... pastu mata mulalah asyik tgk peha... macam manalah invigilator tak syak... ada juga yg bawak script yg penuh bertulis nota... ntah masa bila dia songlap script kosong tu... biasanya yg bawak masuk script bernota ni dia akan selitkan celah script yg disediakan di dewan.. so memanglah kena tgk satu2 script atas meja student ni.. kena main selak2... ada juga yg bawak kertas2 kecik.. selit2 celah script dan soalan exam... jadi kesimpulannya, jadi invigilator ni kena melilau je lah mata memerhati student2 ni... bukan rayau2 kosong...

May 9, 2011

yang tinggal hanyalah....

hari Ahad baru2 ni, 2 student's accomodation kat Aston Uni di runtuhkan... tapi aku tak tgklah pulak peristiwa tu berlaku... cuma aku ambil gambar2 sebelum dan selepas je.... ni gambar-gambar 2 hari sebelum peristiwa letupan berlaku.......













dan kini yg tinggal hanyalah.... tu pun bakal di angkut dan di buang ke tempat yg sewajarnya...










April 26, 2011

cuti cuti easter

wahh....tajuk mcm menarik je kan... cuti2 ke mana tu? kekeke... nak tau cuti ke mana... kekeke... nun ha..ke Studley tu... jauh kan... :)



tidak le ke mana2.. cuma ke carboot Studley je Ahad tu... kiranya carboot yg agak besar le kat kawasan aku ni... tapi bukan le sebab besar yg menyebabkan aku suka g Studley ni... tapi sebab tutup lambat... maklumlah aku ni bukan jenis pegang kunci nak bukak carboot pagi2... kalau sampai pun kul 10 atau 11 pagi... kiranya kalau kat Studley ni kul 11 tu masih ramai seller dan barang pun masih ok... kalau carboot lain, kul 11 tu silap2 ada dah bungkus barang nak balik daaaa..... itulah yg menyebabkan aku gemar g Studley ni...:)


March 20, 2011

Yna Zalia Hani


tahniah angah & marini atas kelahiran baby girl pertama setelah 2 hero berturut2....hehehehe.... kiranya cucu perempuan Hj Yusof n Hjh Fatimah yg pertama setelah 3 hero, Adam, Adi dan Aqeel...... dan maknanya anak sedara perempuan sebelah aku yg pertama le... excited tu... leh beli baju pinky2, cute2 utk Yna lepas ni...

March 13, 2011

pucuk2 bunga mula memunculkan diri...

pucuk2 dan bunga2 dah mula memunculkan diri sedikit demi sedikit... ni je lah gambar yg aku dah amik... tak banyak mana pun... tapi bolehlah sekadar menjamu mata... huhuhuhu... nanti bila dah start berbunga sungguh2 nanti, kuluangkan masa amik lagi ya... boleh le g 'menembak' kat mana park....:)











February 19, 2011

Tuna Kimchi Stew


kali ni try buat kimchi tuna stew plak... tak susah pun buat stew ni... kimchi beli yg dah siap pack.. tinggal bukak dan potong2 je kalau masih panjang2... kalau yg memang dah di potong lagi senang keja... dari segi step by step nak masak resepi ni, kalau ikutkan ada beberapa cara.... tapi basicnya sama je.. so, setelah tgk bbrp resepi, aku pun mix n match le apa yg patut dan yg memudahkan diri sendiri...:)

Cara2nya:

  • panaskan sedikit minyak dalam periuk
  • masukkan kimchi tadi.. kacau2 bg naik bau skit..
  • masukkan air... yg ni agak2 le.. jgn bnyk sangat jgn skit sangat.. tgklah kimchi tu banyak mana..so, letak lah air sekadarnya... biar mendidih... (kalau tak jadilah macam yg aku buat kat atas tu.. terbyk air...)
  • lepas tu masukkan garlic (tumbuk), onion yg dah dihiris... kacau2...
  • lepas tu masukkan tuna.... kalau tgk resepi2 yg ada, kebanyakkannya guna tuna chunk.. tapi aku ari tu yg ada kat umah cuma tuna flakes, so belasah je lah...
  • masukkan hot pepper paste skit.. dalam sesudu dua... tapi ada jugak yg letak pepper powder.. so mana yg adalah ya...
  • pastu masukkan green onion, tofu, cili... biarkan hingga agak2 tofu dah masak...
  • lepas tu boleh lah makan ngan nasi...

macam mana rasanya? tekak aku boleh terima menu ni... pada aku rasa sedap je.... makan ngan nasi tgh panas2 pun sedap... macam kita makan ngan sup tu.. so, siapa2 berminat ngan resepi ni... selamat mencuba....

February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H


Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )



credit: khabirlabib

February 10, 2011

masa...

pucuk2 daun dan putik2 bunga dah mula kelihatan... kat celah2 rumput pun dah nampak pucuk2 bunga memunculkan diri... tak lama lagi dah spring... sekejapnya masa berlalu... pejam celik pejam celik... banyak lagi perkara yg perlu dilakukan dan disiapkan... berikanlah kekuatan pada hambamu ini.... aminnnn....

February 5, 2011

Dukbokki.. my first try..

Disebabkan selalu nampak dukbokki ni dalam citer Korea, maka timbullah perasaan nak cuba makan... tapi nak cari kat mana kat sini kan, pulak tu kalau jumpa pun timbul lagi persoalan... halal ke... so nak tak nak kenalah cuba masak sendiri...

Seoul Plaza nya bag plastik je aku leh tunjuk... tak amik plak gambar kedai...


Nak dijadikan citer aku perasan kat Bristol Road ada buka satu kedai korea... namanya Seoul Plaza... so, satu hari selepas menggoogle apa yg patut, tu aku pergilah Seoul Plaza ni... masuk2 tu terus cari apa yg patut...gaya masuk kedai tu macam le expert...macam dah banyak kali pergi je... tapi sebenarnya semuanya refer dari apa yg aku cari kat internet...sib baik dah catat & dah tgk gambar2 serta resepi Dukbokki ni.... cari punya cari, belek punya belek ingredients yg ada kat bahan2 tu....akhirnya kira adalah semua bahan penting ...


hot pepper paste & rice cake utk dukbokki... kimchi tu saja beli, kot boleh buat apa2...


Semangat ni...balik umah terus buat.... buat skit je sebab first time try n rasa... sebab tak tau selera sama ke tak..kot lah tekak tak leh terima..dah satu hal plak.... Camne nak buat dubbokki ni?.. ha..jom tgk resepi dan cara2 nak buat kat bawah ni... aku memang ikut resepi dari youtube ni.. cari dua tiga resepi..lebih kurang je caranya... cuma yg ni mudah sebab ada visual...




YT kredit to maangchi


Hmmm... so inilah hasilnya percubaan pertama...

nak komen rasa sama ke tak pun tak boleh sebab aku tak pernah rasa... nak kata jadi ke tak jadi tu....rasanya jadi kot... dah ikut sebiji2 dalam YT... rasanya not bad... tapi bukan selera tekak aku utk makan banyak2... setakat semangkuk kecil boleh lah... rasanya pedas tapi mcm masam2 skit... ntah le tak tau nak describe.. kot ada sape2 yg pernah makan dukbokki ni bolehlah share kan...

Ira: lepas ni nak try buat Tuna Kimchi Stew plak... kalau mood rajin tu datang ler...:)

February 2, 2011

Macam tak percaya je....

ari ini dalam sejarah... kenapa?.. sebab aku berjalan kaki dari rumah ke school... aku sendiri pun macam tak percaya je... bukan sebab pemandu kereta mahupun bas mogok tak nak bawak keta n bas.. bukan sebab tak cukup duit syiling nak naik bas... tapi semuanya gara2 lab mate aku yg duduk agak berdekatan dengan area umah aku...

semalam lah.. tiba2 je lab mate aku ni ajak aku join dia jalan kaki dari rumah ke school.. katanya dia dah buat banyak kali dan dia rasa perjalanan tu tak jauh mana... aku pun dengan berat kaki dan lemak pun bgtau, oklah aku join dia esok.. nak test le tgk cam ne...

so, pagi tadi dalam kul 9.35 tu kita org pun start le jalan dari Alum Rock.. sambil borak2..tup2 dah halfway... tak terasa pun jauh sangat... huhuhu... jalan lagi dan lagi... ehhh..dah nampak bangunan school... 5 minit lepas tu pun sampai... di sebabkan first time jalan kaki dari umah kan..so set lah masa... not bad.. cuma 35 min je dari umah ke uni... tak rasa penat dan tak de lah berpeluh sebab aircon di mana2 kan...:)

best jugak... so, lain kali dia nak ajak aku lagi... katanya 2-3 kali seminggu... rasanya ok kot.. merangkap exercise gitu... mana tau lemak2 tepuku menjadi kurang tepu lepas ni...:)

February 1, 2011

Kisah lawak di pagi ari.....

Di pagi yg indah tadi, aku pun pergi le library sebab nak pulang buku... nak renew dah tak leh sebab dah ada org reserved le plak... kang tak pasal2 kena block tak leh pinjam buku lain...

so, lepas dah settle pulangkan buku kat check out machine... aku pun pergi le bilik air... nak segarkan2 muka jap kononnya... nak ke bilik air ni, kena lalu satu pintu besar...buka pintu ni, baru jumpa pintu2 bilik air for female, male n disabled....

Dah settle tu, apa lagi nak keluar le ikut pintu besar tu.. tup2 ada org sergah aku... nasib baik jenis yg tak cepat terkezut... kiranya kejadian ni berlaku macam citer gaban tu... dalam masa 0.0001 saat.. hahaha...

lepas mamat tu sergah aku..tup2 dia pun sebut 'Oh, s**t.. I’ve got the wrong person'... hahahaha... aku gelak je lah kat dia sambil tgk sekali imbas siapakah mamat itu... tak tau le dia dgr ke tak aku gelak.. sebab takde lah kuat, tapi takde lah perlahan mana....

mamat tu memang le aku tak kenal... aku rasa dia nak sergah awek dia.. sebab memang masa aku dalam bilik air tu ada sorang minah masuk... nasib ko le labu... kan dah termalu2 kucing2... tapi at least aku telah membuat senaman muka dengan jayanya pagi ni... sebab dah tersengih dan ketawa dengan gelagat mamat ni...

Ira: kome ingat awek kome sorang je ke yg guna bilik air library tu, nak main sergah2...

January 31, 2011

Tahniah Idah n Zahar

Alhamdulillah, majlis pernikahan dan kenduri di kedua2 belah pihak pengantin sudahpun selesai... dari jauh kami doakan semoga Idah dan Zahar kekal bahagia ke akhir hayat...selamat menjalani kehidupan baru...

aku ni, masih menanti gambar2 lain dari adik2 dan sedara maraku... yg ada ni pun setelah dipilih2, ni je lah yg ada setakat ni.... harap2 akan ada le yg lain menyusul...


pelamin kat dewan (Sabtu, 29/1/11)


Adam yg hensem with Iffah, Izyan and Cik Ipah comels...


Uda merangkap MC majlis hari Sabtu, Nazifah dan Cik Ipah


cik ipah dan Aqeel

makan tak ajak I....


Keluarga Hj Mohd Yusof & Hjh Fatimah di kenduri sebelah pihak lelaki, Ahad 30/1/11... minus Uda(tukang amik gambar kot), Akak dan Abg Madie (takde sape nak superimposed gambar kami ke?)

Ira: kalau ada gambar tambahan, boleh le letak lagi pas ni...